Skip to main content

Teknologi

Grok boleh diguna pelanggan X Premium+ bermula minggu hadapan

51700971194_TBGrok.jpg
X AKAN menawarkan perkhidmatan AI generatif mereka iaitu Grok.

Grok mempunyai akses kepada informasi masa-nyata melalui perkongsian dan data di platform X.

Ia juga akan diintegrasikan terus ke dalam X bagi memudahkan lagi ia diakses oleh pengguna.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Grok adalah perkhidmatan AI generatif khusus untuk pelanggan X Premium+ yang membayar RM70 sebulan.

Elon Musk kini mengatakan Grok akan boleh diakses bermula minggu hadapan.

Bagi yang tidak tahu, Grok adalah produk pertama di bawah syarikat xAI. Modelnya dilatih dengan data di X serta dengan kepakaran Tesla.

Buat masa ini masih tidak pasti apakah kemampuan Grok jika dibandingkan dengan ChatGPT, CoPilot atau Claude serta adakah ia akan ditawarkan kepada pengguna Malaysia atau terhad di negara terpilih.

Sama-sama kita nantikan. -Amanz



Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video