MALAYSIA
GRS gesa Kerajaan Persekutuan dan PM tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40% hasil Sabah
GRS gesa kerajaan dan PM tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan hak Sabah terima 40 peratus hasil pendapatan persekutuan. - Foto: Pejabat Ketua Menteri Sabah
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri agar tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober yang mengesahkan hak Sabah untuk menerima pemulangan 40 peratus hasil pendapatan yang diperoleh Kerajaan Persekutuan dari negeri itu.
“Kemenangan undang-undang ini bukan sekadar angka di atas helaian imbangan kewangan. Ia melambangkan pemulihan kepercayaan terhadap keadilan bagi setiap rakyat Sabah yang telah sekian lama diminta menunggu — tahun demi tahun — demi menikmati keperluan asas yang telah dinikmati oleh rakyat di negeri lain sejak berdekad-dekad,” kata kenyataan bersama pimpinan GRS selepas mesyuarat presiden pada Jumaat.
“Ia tentang memastikan tiada kampung dibiarkan dalam kegelapan, tiada sekolah tanpa kemudahan yang layak, dan tiada komuniti terpinggir hanya kerana dana yang sepatutnya milik Sabah tidak pernah sampai.”
GRS menegaskan bahawa tuntutan Sabah bukanlah permintaan, tetapi hak. Ia adalah tanggungjawab perlembagaan yang melangkaui kerajaan dan tempoh politik.
“Menegakkan hak ini membuktikan bahawa Malaysia ditadbir berdasarkan undang-undang dan niat baik, bukan atas dasar keselesaan atau kepentingan,” katanya.
“Inilah masanya untuk Kerajaan Persekutuan bukan sekadar menunaikan janji, tetapi memulihkan puluhan tahun pengabaian yang dirasai rakyat Sabah. Perdana Menteri akan dikenang oleh rakyat Sabah dan seluruh Malaysia sebagai pemimpin yang benar-benar prihatin,” tambah kenyataan itu.
Majlis Presiden GRS berkata, pihaknya mengambil maklum alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak perlembagaan Sabah terhadap geran khas 40 peratus bagi tempoh tahun 1974 hingga 2021 daripada Kerajaan Persekutuan.
GRS menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar perkara undang-undang, tetapi soal menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, bersama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hak ini merupakan asas kepada persetujuan Sabah untuk menyertai pembentukan Malaysia.
“Keputusan mahkamah ini hanya menguatkuasakan apa yang telah lama termaktub dan dipersetujui,” ujar GRS sambil menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Persekutuan agar tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Mahkamah tidak mengenakan sebarang penalti kewangan — hanya mengarahkan agar semakan perlembagaan yang tertunggak sekian lama dilaksanakan mengikut Perkara 112C dan 112D.
“Merayu keputusan ini bukan menentang hasilnya, tetapi menolak proses rundingan itu sendiri,” menurut kenyataan tersebut.
Susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor segera mengarahkan Kementerian Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Sabah (EPU) serta Jabatan Peguam Besar Negeri untuk meneliti alasan penghakiman secara terperinci.
“Kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan rundingan bermakna dengan Kerajaan Persekutuan selaras dengan arahan mahkamah — bagi menjalankan semakan dan memuktamadkan perjanjian mengenai hak yang tertunggak.
“Selama ini, rakyat Sabah — dari Pitas hingga Pensiangan — terpaksa hidup dengan bekalan elektrik yang kerap terputus, jalan raya tidak berturap, dan klinik tanpa doktor. Bukan kerana kurang usaha atau kemampuan, tetapi kerana hasil yang sepatutnya milik Sabah tidak disalurkan sepenuhnya,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam hal ini, Majlis Presiden GRS memberi jaminan kepada Perdana Menteri bahawa di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah akan terus mengekalkan hubungan kerja yang konstruktif dan saling menghormati dengan Putrajaya.
“Kami berdiri teguh menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri. Sebagai rakyat Malaysia, kami berbangga dengan kepimpinan beliau yang berwibawa, yang telah meningkatkan martabat negara di peringkat antarabangsa.
“Pendekatan beliau yang berasaskan inklusiviti, keterbukaan, dan keprihatinan tulen terhadap aspirasi rakyat Sabah amat kami hargai.”
GRS turut menjelaskan bahawa melalui komitmen Perdana Menteri dan pentadbiran beliau terhadap Sabah, kerajaan GRS telah berjaya memperoleh 13 daripada 29 tuntutan di bawah MA63 daripada Kerajaan Persekutuan.
“Kami sekali lagi menegaskan tekad GRS yang tidak berkompromi dalam memperjuangkan hak lebih tiga juta rakyat Sabah untuk memperoleh semua manfaat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan MA63,” menurut kenyataan itu.
Seruan Majlis Presiden GRS ini dibuat selepas pemimpin-pemimpin Sabah dari pelbagai parti nasional dan tempatan turut menggesa Kerajaan Persekutuan agar tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai tempoh sehingga 16 November untuk memfailkan rayuan.