MALAYSIA
GSF: Aktivis Turkiye dedah gangguan, penderaan dan rasis dalam tahanan Israel
Yazici menceritakan yang aktivis dipaksa duduk di atas lantai konkrit selama tiga jam di pelabuhan Ashdod dengan tangan bergari ke belakang dan kepala ditekan ke tanah. - Foto Reuters
ISTANBUL: Aktivis Turkiye yang menyertai Global Sumud Flotilla memberi keterangan mengenai penderaan fizikal dan psikologi, penghinaan perkauman serta gangguan oleh Israel selepas mereka ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa, ketika pendakwa Turkiye meneruskan siasatan terhadap serangan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Sebuah pesawat yang membawa aktivis flotila bantuan itu yang diserang dan ditahan oleh Israel tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada Sabtu.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel, dan tiba pada 3.50 petang waktu tempatan (1250GMT).
Seramai 137 orang daripada flotila kemanusiaan, termasuk 36 warganegara Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba dengan penerbangan itu.
Selepas dipindahkan dari Israel ke Istanbul, aktivis dibawa ke Institut Perubatan Forensik Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan sebelum memberikan keterangan sebagai saksi kepada pendakwa raya.
Hasmet Yazici berkata kapalnya dibom oleh dron di perairan terbuka, menyebabkan kecederaan fizikal dan kerosakan pada layar. Bot penyerang Israel mengganggu kapal itu dan cuba menenggelamkannya sebelum komando Israel menaiki dan mengambil alih kawalan.
Yazici menceritakan yang aktivis dipaksa duduk di atas lantai konkrit selama tiga jam di pelabuhan Ashdod dengan tangan bergari ke belakang dan kepala ditekan ke tanah.
"Apabila warga emas dan mereka yang lemah cuba mengubah posisi, mereka disepak ke tanah, digari dalam posisi sujud dan dibiarkan menunggu satu hingga dua jam," katanya.
Beliau juga berkata apabila mereka mahu memberikan keterangan dalam bahasa Turkiye, seorang pegawai keselamatan wanita berkata: "Orang Turkiye kotor, kamu memang berbau busuk."
Apabila aktivis menuduhnya bersikap perkauman, mereka diugut oleh pegawai Israel.
"Mereka tanya kenapa kami masuk wilayah Israel tanpa izin. Saya jawab, 'Kami tak masuk wilayah kamu, kamu yang tangkap kami di perairan antarabangsa.'
"Mereka tanya kenapa kami ke Gaza. Saya kata ada pembunuhan beramai-ramai di sana, mereka bunuh kanak-kanak dan kami bawa bantuan kemanusiaan, mengikut undang-undang antarabangsa," kata Yazici.
Beliau berkata mereka cuba memaksanya menandatangani tiga dokumen dalam bahasa Ibrani, tetapi beliau enggan kerana tidak memahami bahasa itu.
Bekir Develi pula berkata aktivis turut didera secara fizikal dan mental oleh tentera Israel.
Beliau berkata tangannya digari terlalu ketat hingga lebam. Mereka hanya diberikan makanan selepas dua hari dan tiada air minuman selama empat hari. Apabila mereka meminta air, mereka dipukul.
"Apabila kami cuba menunaikan solat, mereka ganggu," katanya, sambil menjelaskan barangan peribadinya, termasuk wang tunai, dicuri oleh tentera Israel.
Mesut Cakar pula berkata selepas ditahan dan tiba di pelabuhan, mereka dipaksa menunggu kira-kira sejam dalam keadaan digari ke belakang dan kepala menyentuh asfalt panas.
Beliau berkata semasa mereka menunggu itu, seorang rakannya, Mustafa Cakmakci, patah lengannya.
"Mereka tak layan warga Eropah sedemikian. Hanya rakyat Turkiye sahaja yang diperlakukan secara menghina. Beberapa barang saya juga dicuri," katanya.
Cakar berkata mereka diangkut dalam kenderaan polis yang sempit seperti sangkar selama dua jam sebelum dibawa ke penjara Israel, yang mereka ditahan dalam keadaan serupa selama dua hingga tiga jam, tanpa air dan dipaksa minum dari paip tandas selama tiga hari ditahan.
Beliau juga berkata seorang rakyat Australia disoal siasat dan diserang secara fizikal.
"Dua aktivis yang ada asma sukar bernafas, tapi mereka tak diberi sebarang ubat. Kami juga dibangunkan setiap dua jam dan dipindahkan ke lokasi penjara yang berbeza," kata Cakar.
Beliau mendakwa Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir melawat penjara tersebut, selepas itu aktivis dipisahkan dan dimasukkan ke dalam sangkar dan sel. Mereka kerap dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain.
"Mereka ketawa sambil merokok di depan kami dan ambil gambar serta rakaman video, seolah-olah mengejek," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Aktivis Turkiye dan Malaysia tiba di Istanbul selepas ditahan Israel, dengan 137 orang termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia selamat pulang dari misi Global Sumud Flotilla.
- Aktivis mendakwa penderaan fizikal, psikologi dan penghinaan perkauman oleh tentera Israel, termasuk digari ketat, dipukul, dihalang solat, kekurangan makanan dan air, serta dipaksa menandatangani dokumen dalam bahasa Ibrani.
- Pendakwa Turkiye siasat serangan Israel di perairan antarabangsa, selepas aktivis memberi keterangan dan menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Perubatan Forensik Istanbul.