MALAYSIA
GSF: CENTHRA kecam keras tindakan melampau rejim Israel
CENTHRA mengecam sekeras-kerasnya tindakan agresif dan melampau rejim Israel terhadap Global Sumud Flotilla, yang merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa. - Gambar fail/REUTERS
CENTHRA mengecam sekeras-kerasnya tindakan agresif dan melampau rejim Israel terhadap Global Sumud Flotilla, yang merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa.
Sekatan laut Israel ke atas Gaza adalah haram menurut San Remo Manual (Artikel 102) kerana menjejaskan penduduk awam dan menghalang bantuan kemanusiaan. ICJ (Julai 2024) menegaskan pendudukan Israel tidak sah dan menyeru semua negara memastikan pematuhan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin.
Misi Flotilla ini adalah misi aman dan kemanusiaan semata-mata, demi melaksanakan hak kebebasan pelayaran antarabangsa (UNCLOS, Artikel 87). Tindakan Israel menghalang dan menahan flotilla adalah pelanggaran undang-undang laut antarabangsa.
Sebagai kuasa pendudukan yang tidak sah, Israel wajib memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan sampai ke Gaza (Konvensyen Geneva Keempat & Protokol Tambahan I). Sebaliknya, Israel terus menggunakan kelaparan sebagai senjata perang, jenayah yang turut menjadi asas waran tangkap ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant.
Tindakan Israel juga membahayakan nyawa penumpang dan mencabul hak untuk hidup, kebebasan, dan keselamatan (ICCPR, Artikel 7 & 9).
CENTHRA menuntut:
1. Israel segera membebaskan kesemua delegasi SUMUD NUSANTARA termasuk kesemua aktivis rakyat Malaysia dan GLOBAL SUMUD FLOTILLA serta kesemua KAPAL FLOTILLA;
2. Israel memberi pampasan kepada mangsa dan pemilik kapal;
3. Negara anggota PBB, organisasi dan masyarakat sivil tempatan dan antarabangsa mengambil tindakan segera untuk menghentikan pencabulan Israel, termasuk genosid di Gaza.
Pada saat ini, 5 aktivis undang-undang hak asasi manusia CENTHRA berada di Amman, Jordan bagi memastikan aktivis rakyat Malaysia mendapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil.
CENTHRA BERHAD (1103016-K)
Tindakan CENTHRA melalui kerjasama rapat dengan pasukan undang- undang hak asasi manusia yang berpengkalan di Israel iaitu ‘Adalah – The Legal Center for Arab Minority Rights in Israel’, bagi memastikan hak asasi manusia dihormati dan prinsip undang-undang antarabangsa dipatuhi.

CENTHRA
AZRIL MOHD AMIN
FAHMI ABD MOIN
DIR KHEIZWAN BIN KAMARUDDIN
AHMAD NAZRIN BIN ABU BAKAR
LUQMAN BIN MAZLAN