MALAYSIA
GSF: Hak wanita untuk jaga maruah dinafikan rejim Zionis - Farah Lee
Farah yang merupakan salah seorang sukarelawan GSF berkata mereka dinafikan hak untuk menunaikan tuntutan agama hingga terpaksa menggunakan baju berwarna putih untuk menutup rambut dan kepala sekali gus menjaga maruah masing-masing. - Foto BERNAMA
SEPANG: Delegasi sukarelawan wanita Global Sumud Flotilla mendakwa mereka ditindas apabila tudung dirampas selain dimalukan di hadapan lelaki Ketika yang ditahan rejim Zionis.
Ringkasan AI
Aktivis Farah Lee yang merupakan salah seorang sukarelawan GSF berkata mereka dinafikan hak untuk menunaikan tuntutan agama hingga terpaksa menggunakan baju berwarna putih untuk menutup rambut dan kepala sekali gus menjaga maruah masing-masing.
"Saya mewakili delegasi wanita. Jika kalian lihat di kepala saya ini adalah symbol sumud kami wanita delegasi GSF. Hak kami untuk mematuhi tuntutan agama dinafikan.
"Kami ditindas, tudung kami dirampas selain dimalukan di hadapan lelaki dengan tidak memakai tudung. Kami terpaksa menggunakan t-shirt putih untuk menutup kepala dan rambut untuk kami menjaga maruah sebagai seorang wanita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas sebaik sahaja tiba di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Betul turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Arena Axiata Bukit Jalil bagi berpeluang mendengar cerita setiap delegasi terlibat dalam misi ini.
Ringkasan AI
- Aktivis Farah Lee mendedahkan sukarelawan wanita GSF dinafikan hak beragama apabila tudung mereka dirampas dan dipaksa menutup kepala menggunakan baju putih.
- Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai penghinaan dan penindasan terhadap maruah wanita Muslim.
- Farah mengajak rakyat Malaysia hadir ke Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Arena Axiata untuk mendengar pengalaman sebenar delegasi GSF.