MALAYSIA
GSF: Pahang anjur Himpunan Sumud Flotilla selepas solat Jumaat esok
Kerajaan Pahang akan mengadakan Himpunan Sumud Flotilla di pekarangan parkir Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan selepas solat Jumaat, esok. - Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mengadakan Himpunan Sumud Flotilla di pekarangan parkir Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan selepas solat Jumaat, esok.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam hantaran di Facebook berkata rakyat Pahang sentiasa berdiri teguh bersama warga Palestin dalam perjuangan menuntut kebebasan dan maruah, selain menyokong sebarang usaha kemanusiaan demi keamanan berkekalan di bumi Palestin.
"Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, saya menyatakan solidariti penuh terhadap semua sukarelawan yang ditahan. Kerajaan negeri juga berdoa agar mereka selamat, dilindungi daripada sebarang bahaya serta segera dibebaskan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut bersama Kerajaan Persekutuan menuntut rejim Israel membebaskan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) tanpa syarat.
"Sukarelawan ini membawa semangat keberanian dan keikhlasan yang tinggi demi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang sekian lama ditindas," katanya.
Sementara itu di MELAKA, Jabatan Mufti negeri itu menyeru seluruh jemaah masjid dan surau untuk melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah pada rakaat terakhir dalam solat Jumaat dan solat fardu bermula esok.
Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata ia bagi memohon keselamatan, perlindungan dan pembebasan para sukarelawan GSF khususnya rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan untuk rakyat Palestin.
"Kerajaan (negeri) dan rakyat Melaka mengecam tindakan gangguan ke atas konvoi GSF yang sedang dalam perjalanan bagi misi bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza.
"Marilah bersama-sama berdoa agar misi kemanusiaan ini dipermudahkan, para sukarelawan dilindungi serta diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan pertolongan Allah SWT," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehingga kini, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 15 rakyat Malaysia ditahan selepas kapal dinaiki mereka dipintas di perairan antarabangsa berhampiran zon merah R3.
Dalam kejadian terbaharu, tiga sukarelawan Malaysia Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif ditahan semasa kapal Free Willy yang dinaiki mereka dipintas pada 3.39 petang tadi.
-- BERNAMA