MALAYSIA
GSF: Perjuangan tidak tamat di sini, perjalanan masih panjang - Nadir Al-Nuri
Kepulangan 23 delegasi Malaysia disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Satu, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata perjuangan untuk Palestin masih belum tamat.
Penegasan itu dibuat ketika kepulangan 23 delegasi Malaysia disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Satu, di sini pada Selasa.
Mereka sebelum ini diculik Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dan melalui pelbagai bentuk penderaan fizikal dan mental sepanjang penahanan.
"Walaupun kita tidak berjaya 'break the siege', namun kita berjaya 'break the silence'. Kehadiran kita semua di sini hari ini membuktikan kita bersatu dengan Palestin.
"Kesengsaraan Palestin masih belum tamat, mereka tetap terus-menerus dizalimi, perjalanan kita untuk membebaskan mereka masih panjang," ujarnya dalam satu sidang media di KLIA1 pada Selasa.
Terdahulu kesemua 23 wira dan wirawati Global Sumud Flotila selamat tiba di KLIA1 pada jam 10.13 malam.
Ketibaan mereka disambut dengan laungan ‘Free Palestine’, ‘Bebas Gaza’, dan ‘Hidup Sumud’ oleh ribuan yang hadir sejak petang Selasa di Majlis Sambutan Kepulangan Wira Sumud Nusantara Malaysia dengan menaiki pesawat Emirates EK452.