MALAYSIA
GSF: Tiada sorakan hanya air mata, rakan kongsi kisah kepulangan senyap Zainal Rashid Ahmad
Sebaik tiba di KLIA malam tadi, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang secara senyap ke kediamannya. - Gambar Facebook Syahril Abdul Kadir
KUALA LUMPUR: Di sebalik keriuhan sambutan kepulangan delegasi Global Sumud Flotilla di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, salah sorang peserta bekas wartawan dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang secara senyap ke kediamannya.
Menurut wartawan Syahril Abdul Kadir, Zainal yang berusia 58 tahun dibawa pulang oleh sahabat rapatnya termasuk Syirfan Indra dan rakan-rakan.
“Air mata kami berlinangan ketika memeluk beliau di rumahnya tengah malam tadi. Turut hadir ialah saudara Nua, antara tulang belakang ZRA Strim,” katanya.
Dalam pada itu, Syahril memaklumkan keadaan Zainal yang kelihatan semakin kurus dan jelas keletihan selepas misi kemanusiaan yang penuh cabaran.
“Tetapi itulah ZRA. Dia telah melaksanakan apa yang dia percaya dan perjuangkan selama ini. Dia serahkan segalanya kepada Allah Yang Maha Esa,” ujarnya.
Beliau menegaskan, Zainal tidak mahu dipuja atau disanjung malah Syahril memaklumkan bahawa orang ramai tidak perlu membuang masa memuji Zainal kerana beliau tidak menginginkan semua itu dan ia bukan dirinya.
“Jangan buang masa memuji dirinya. Dia tidak mahu semua itu. Dan itu bukan dia,” kata Syahril.
Untuk rekod, ZRA merupakan pengamal media pertama yang berjaya menyelinap masuk ke Israel dan Palestin untuk merakam dokumentari tentang keadaan umat Islam di sana pada tahun 2005 dan 2008.
Delegasi sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) tiba ditanah air pada jam 10.07 malam tadi selepas menyertai misi Global Flotila antarabangsa membawa bantuan ke Gaza, yang ketika ini berdepan krisis kemanusiaan akibat konflik berpanjangan.
Sabtu lalu, semua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Selebriti Zizi Kirana, Ardell, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi adalah sebahagian daripada lebih 500 sukarelawan dari seluruh dunia yang menyertai GSF sejak September lalu.