Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak lagi sesuai untuk ekonomi yang berkembang pesat dan progresif dari segi ekonomi seperti Malaysia dan adalah penting bagi negara mengembangkan dan mempelbagaikan asas cukainya, kata Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Perdana Menteri berkata Malaysia memerlukan sistem cukai yang lebih berkesan dan saksama yang akan membantu negara menjamin masa depannya.
Berucap pada Seminar Antarabangsa mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia di sini hari ini, Najib berkata Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan kepada aliran pendapatan semasa semata-mata.
"Hanya satu daripada 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan individu dan 40 peratus daripada pendapatan kerajaan datang daripada minyak dan gas, sumber yang kita tahu terbatas," katanya.
Oleh kerana itulah pada April 2015, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan sistem cukai dan menggantikan SST dengan GST," kata Najib.
Najib berkata GST merupakan cukai moden yang akan menghapuskan kelemahan dalam cukai semasa.
"Sebagai contoh, GST mempunyai unsur-unsur semakan silang yang akan meningkatkan pematuhan cukai dan menggalakkan penjimatan dan pelaburan," kata beliau.
Beliau berkata sebagai satu inisiatif penting di bawah Program Transformasi Ekonomi, GST merupakan pembaharuan strategik yang bertujuan untuk memodenkan sistem cukai negara untuk menjadikannya lebih berkesan, cekap dan mesra perniagaan.
Najib juga mengulangi bahawa GST akan menjadikan perniagaan lebih berdaya saing dalam pasaran global dan mereka juga akan mendapat manfaat daripada kos menjalankan perniagaan yang lebih rendah.
"Cukai akan digunakan secara adil dalam kalangan semua perniagaan, menjadikannya lebih daripada hanya cukai. Secara ringkasnya, ia akan menjadi suatu baik untuk perniagaan," kata beliau.
Najib berkata banyak langkah telah diambil untuk memastikan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, tidak akan dibebani oleh GST.
"Kita tidak mahu GST memberi kesan buruk kepada rakyat. Itulah sebabnya banyak barang dan perkhidmatan akan dikecualikan, seperti air dan bahan makanan asas, pengangkutan, pendidikan dan penjagaan kesihatan," kata beliau.
Najib juga menekankan bahawa perbuatan mengeksploitasi harga tidak akan diterima.
Kerajaan telah mengukuhkan tindakan penguatkuasaan melalui majlis penetapan harga dan pengedaran panduan harga kepada pembeli sebelum dan selepas GST, dan di samping itu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan digunakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Najib meminta semua syarikat Malaysia supaya mengelak daripada "sindrom klasik Malaysia" dengan membuat pendaftaran pada saat-saat akhir.
"Lebih awal menyediakannya, terutama bagi yang tidak dapat dielakkan, lebih baik," kata beliau.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata sebanyak 35,998 syarikat telah mendaftar untuk GST dengan Kastam sehingga semalam sejak Jun tahun ini.
Kementerian menyasarkan 123,000 syarikat mendaftar untuk GST pada akhir tahun ini.
Bernama
Mon Sep 15 2014
GST bantu jamin masa depan Malaysia: PM
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
GST bantu jamin masa depan Malaysia: PM
Perdana Menteri berkata Malaysia memerlukan sistem cukai yang lebih berkesan dan saksama yang akan membantu negara menjamin masa depannya.