awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST1.0: Harga naik kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite

Israr Khalid
Israr Khalid
10/06/2022
01:40 MYT
GST1.0: Harga naik kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite
GST memang membawa manfaat kepada negara andai dilaksanakan dengan betul. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan selama lebih kurang 4 tahun dari April 2015 hingga Jun 2018 sepatutnya menurunkan harga barang, namun secara amnya itu tidak berlaku.
Hal demikian adalah disebabkan peniaga, yang awalnya mengikut tatacara pelaksanaan sistem percukaian itu, akhirnya terpaksa meningkatkan harga jualan untuk menanggung kos kerugian kerana pembayaran balik yang dijanjikan lewat sampai ke tangan mereka.
Kata Pengasas Bersama Industries Unite, Datuk Irwin SW Cheong, kebanyakan negara yang melaksanakan GST atau cukai seumpamanya berjaya menurunkan harga kerana ia dilaksanakan dengan cekap dan telus.
“Kalau cukai nilai tambah (VAT) yang dikutip di Thailand, sehari sebelum anda keluar meninggalkan negara itu bayaran balik sudah dibuat, sangat cepat dalam beberapa jam sahaja.
“Di Malaysia, kita ada buat survei berkenaan hal ini, banyak peniaga yang kata bukan (memakan masa) berbulan-bulan tetapi ada yang lebih setahun, sampai 18 bulan tak dapat lagi,” katanya.
Beliau menjelaskan, kalau peniaga tidak menaikkan harga barang jualan ketika menunggu tibanya bayaran balik ke tangan mereka, mereka tiada keuntungan.
Maka katanya sekiranya kerajaan mahu melaksanakan semula cukai tersebut, perlu dipastikan perkara sedemikian tidak lagi berlaku agar GST benar-benar mencapai matlamatnya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop. Tonton sesi penuh di sini:
Harga naik ketika GST 1.0 kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#GST
#harga barang
#sistem percukaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan