awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GTS – varian Boxster dan Cayman lebih lincah dilancarkan

Astro Publication
Astro Publication
06/07/2015
14:47 MYT
GTS – varian Boxster dan Cayman lebih lincah dilancarkan
Porsche Boxster GTS dan Cayman GTS sudah dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia oleh pengimport sahnya, Sime Darby Auto Performance Sdn. Bhd. (SDAP). GTS, yang bermaksud Gran Turismo Sport adalah varian khas pengeluar ini yang mementingkan prestasi tinggi, kualiti dinamik untuk kegunaan di litar, dan juga kesesuaian untuk pemanduan harian di jalan raya biasa.
Harga permulaan untuk Boxster GTS adalah RM660,000 manakala untuk Cayman GTS pula adalah RM700,000, termasuk waranti untuk empat tahun dan pakej servis penyelenggaraan selama empat tahun. Harga ini juga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Spesifikasi Kedua-dua model ini mempunyai beberapa persamaan yang penting, antaranya adalah enjin ‘boxer’ enam silinder yang berasaskan unit 3.4-liter dipasang di dalam model Boxster S dan Cayman S. Tetapi, output masing-masing adalah berbeza; 330hp (Boxster GTS) dan 340hp (Cayman GTS).
Dengan ciri Sport Chrono yang dipasang standard, dan kotak gear klac berkembar PDK, Boxster GTS dan Cayman GTS masing-masing dapat mencapai 100km/j dalam masa hanya 4.7 saat dan 4.6 saat. Antara yang turut menjadi perhatian pada mana-mana model GTS adalah bunyi yang dihasilkan. Untuk itu, ekzos GTS ini direka khusus untuk mengetengahkan kemampuannya menerusi bunyi yang lebih garang.
Pengendalian Casis varian ini duduk 10mm lebih rendah berbanding model asasnya dan juga dipasang ciri PASM sebagai peralatan standard. Mod-mod pilihan adalah ‘Normal’ dan ‘Sport’ di mana ‘Sport’ akan menjadikan penyerap hentak menjadi lebih keras. Bersama-sama pusat graiti yang lebih rendah, ini memberikan kereta-kereta ini kemampuan untuk mengambil selekoh dengan lincah.
Fizikal Varian GTS mudah untuk dikenalpasti melalui penampilannya yang lebih menonjol. Bahagian hadapan dipasang lip bawah di samping lebih panjang yang memberikan panjang kereta ini yang 30mm lebih dari biasa. Lampu adalah jenis aktif, dinamakan Porsche sebagai Sistem Lampu Dinamik di mana ia menyuluh mengikut arah stereng dipusing. Dengan ini, pemandu dapat melihat ke arah jalan yang diterangi lampu apabila mengambil selekoh.
Topic Berkaitan
#
# Boxster
# Cayman
# Sime Darby
#Porsche
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan