MALAYSIA
‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
Dr Akmal menegaskan bahawa beliau tidak akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa, dan tanah air serta bersedia untuk menentang pihak yang selalu menekan Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau bagaimanapun tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda, seperti yang diramal sebelum ini.
Tegasnya lagi, keputusan tersebut diambil bagi membolehkan beliau memberi fokus kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.
Selain itu Dr Akmal berkata, beliau mahu membuktikan dirinya tidak sama sekali akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa, dan tanah air.
“Saya nak beritahu kepada yang tanya saya `lu siapa’ sebelum ini, saya nak jawab…`gua’ ada maruah, `lu’ ada maruah atau tidak?
“Saya nak beri amaran kepada pihak selalu cakap tentang saya, yang selalu menekan Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka, (kini) apabila saya tidak berada dalam Exco…saya akan lawan kamu habis-habisan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan sayap Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini, hari ini.
Pemuda Sosial DAP (DAPSY) sebelum ini mendesak Dr Akmal untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO selagi terus mengkritik DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Ketegangan di antara Akmal dan pimpinan DAP timbul selepas beliau mendakwa pemimpin parti itu berulang kali membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa, dan Raja-raja Melayu.
“Bagi saya jawatan dalam kerajaan negeri tidak penting, tetapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi,” tegasnya lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh letak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka namun tetap kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO.
- Keputusan peletakan jawatan tersebut bagi memberi fokus pada perjuangan menentang DAP yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.
- Akmal menegaskan bahawa beliau tidak akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa, dan tanah air serta bersedia untuk menentang pihak yang selalu menekan Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau bagaimanapun tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda, seperti yang diramal sebelum ini.
Tegasnya lagi, keputusan tersebut diambil bagi membolehkan beliau memberi fokus kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.
Selain itu Dr Akmal berkata, beliau mahu membuktikan dirinya tidak sama sekali akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa, dan tanah air.
“Saya nak beritahu kepada yang tanya saya `lu siapa’ sebelum ini, saya nak jawab…`gua’ ada maruah, `lu’ ada maruah atau tidak?
“Saya nak beri amaran kepada pihak selalu cakap tentang saya, yang selalu menekan Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka, (kini) apabila saya tidak berada dalam Exco…saya akan lawan kamu habis-habisan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan sayap Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini, hari ini.
Pemuda Sosial DAP (DAPSY) sebelum ini mendesak Dr Akmal untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO selagi terus mengkritik DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Ketegangan di antara Akmal dan pimpinan DAP timbul selepas beliau mendakwa pemimpin parti itu berulang kali membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa, dan Raja-raja Melayu.
“Bagi saya jawatan dalam kerajaan negeri tidak penting, tetapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi,” tegasnya lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka?
A: Beliau mengambil keputusan tersebut untuk memberi fokus kepada perjuangan menentang DAP yang dianggap sebagai musuh yang nyata. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Dr Akmal terhadap desakan Pemuda Sosial DAP (DAPSY)?
A: Dr Akmal menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO serta bersedia untuk melawan habis-habisan pihak yang selalu mengkritik UMNO. - Q: Mengapa terdapat ketegangan antara Dr Akmal dan pimpinan DAP?
A: Ketegangan tersebut timbul kerana Dr Akmal mendakwa pemimpin DAP sering kali membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa, dan Raja-raja Melayu. - Q: Apakah yang diutamakan oleh Dr Akmal selain daripada jawatan dalam kerajaan negeri?
A: Dr Akmal menitikberatkan maruah, prinsip, dan suara akar umbi sebagai yang lebih penting daripada jawatan dalam kerajaan negeri. - Q: Di manakah Dr Akmal menyampaikan ucapan dasar perhimpunan sayap Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025?
A: Beliau menyampaikan ucapan tersebut di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).