KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng akan memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
Ia susulan dakwaan mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu, mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Jelas Guan Eng, Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura, yang didakwa mengeluarkan ucapan kebencian, pembohongan serta fitnah jahat terhadap beliau dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.
"Beliau secara terang-terangan menggunakan hubungan kekeluargaan yang sebenarnya tidak wujud, hanya untuk menimbulkan ketakutan terhadap kedua-dua DAP dan orang Cina, adalah jelas bersifat perkauman dan ekstremis.
"Apa yang membuatkan kelakuan Siti Mastura yang tidak bertanggungjawab ini menjadi lebih teruk ialah tiada langsung sebarang rasa sesal daripada beliau bahawa ucapannya penuh dengan kebencian dengan pembohongan, bersifat perkauman dan ekstremis," kata Guan Eng dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan memberi tempoh 48 jam kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti terhadap dakwaan beliau.
Menurut Guan Eng, dakwaan itu antaranya mengaitkan beliau dan bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang sebagai sepupu kepada Chin Peng dan Kuan Yew.
Selain itu, katanya, Siti Mastura turut mendakwa beberapa pimpinan DAP lain iaitu, Anthony Loke, Nga Kor Ming, Datuk Ngeh Koo Ham serta Teresa Kok, mempunyai pertalian saudara denggannya.
"Beliau enggan menunjukkan bukti mengenai dakwaan hubungan kekeluargaan tersebut, malah tidak langsung menarik balik atau memohon maaf di atas pembohongan dan fitnah jahatnya," tambah Guan Eng.
Dalam masa sama, Guan Eng menggesa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian mereka secara terbuka terhadap kenyataan yang dibuat Siti Mastura.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 10 2023

Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura (kiri) yang didakwa mengeluarkan ucapan kebencian, pembohongan serta fitnah jahat terhadap Guan Eng (kanan) - Foto/fail

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Selepas Guan Eng, Teresa Kok pula mulakan tindakan mahkamah terhadap Siti Mastura
Teresa Kok telah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Siti Masura dan memberi beliau masa tiga hari untuk membalasnya.

Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.

Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.