awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng: Sekolah wajar tutup jika IPU lebih 150

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/06/2013
10:09 MYT
Guan Eng: Sekolah wajar tutup jika IPU lebih 150
Kerajaan Pulau Pinang menggesa Kementerian Pelajaran supaya tidak mengambil risiko yang membahayakan kesihatan kanak-kanak sebaliknya segara mengeluarkan arahan supaya sekolah ditutup jika Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 150.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran supaya sekolah kekal dibuka jika IPU dibawah 250 sangat tidak praktikal.
"Jika orang dewasa berasa seperti jatuh sakit dengan sakit mata dan kerongkong dari pendedahan yang berpanjangan apabila IPU melebihi 150, apa lagi kanak-kanak yang lebih muda?
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang merasakan bahawa kesihatan dan keselamatan awam tidak boleh dikompromi dan menunggu sehingga IPU melebihi lebih daripada 300 sebelum ada penutupan sekolah, adalah tindakan tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya Kementerian Pelajaran perlu sedar bahawa terdapat kemungkinan bahawa apabila IPU melebihi 150 atau 300, ia boleh pergi lebih tinggi seperti di Muar yang melanda yang tinggi 746.
Sementara itu Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar kerajaan Selangor, Elizabeth Wong sependapat dengan Lim Guan Eng.
Elizabeth berkata adalah lebih munasabah jika sekolah dibenarkan tutup jika masalah jerebu melebihi paras 150 IPU iaitu pada tahap tidak sihat.
“Saya rasa tahap bacaan IPU 300 itu terlalu lambat, lebih baik jika bacaan mencecah 150 terus tutup sekolah kerana kita mesti faham paru-paru kanak-kanak tidak tahan seperti orang dewasa.
“Ini cadangan saya, mereka perlu lihat semula lebih baik tutup sekolah dan diganti persekolahan itu pada hari minggu daripada menjejaskan kesihatan pelajar,” katanya.
Semalam, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) memaklumkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan supaya menutup sekolah sekiranya IPU berada ditahap melebihi 300.
Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Persekutuan wajar mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) itu kerana ia akan memberi kesan kesihatan kepada pelajar.
Elizabeth berkata arahan kementerian tidak konsisten dengan tindakannya semalam di mana sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup apabila paras IPU berada di bawah 200.
“Tindakan Kementerian untuk membuka semula sekolah-sekolah di negeri Selangor dan Kuala Lumpur adalah tidak wajar. Semalam keadaan di kebanyakkan tempat dibawah IPU 200 ditutup. Tetapi hari ini bacaan IPU melebihi 200, sekolah dibuka.
“Perkara ini sudah tentu akan merisaukan ibu bapa dan guru,” katanya ketika ditemui di program pemberian topeng muka kepada orang ramai di Bukit Lanjan.
Pada pagi ini, kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor kini dikategorikan sebagai bahaya apabila bacaan IPU mencatatkan 495 setakat 8 pagi.
Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.
Elizabeth turut memaklumkan Kerajaan Negeri sudah mengedarkan sebanyak 250,000 topeng muka kepada penduduk Selangor termasuk ke sekolah-sekolah kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Topic Berkaitan
#Elizabeth Wong
#jerebu
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan