MALAYSIA
Guan Eng terburu-buru lantik BUCG laksana projek terowong dasar laut - Pegawai penyiasat
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambung bicara kes berhubung projek terowong dasar laut yang dihadapi beliau. --Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, keputusan Lim Guan Eng melantik syarikat Beijing Urban Construction Group (BUCG) bagi menjalankan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang adalah terburu-buru dan mempunyai kepentingan peribadi.
Ringkasan AI
Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya Zulhilmi Ramli, 33, berkata tindakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu daripada awal menunjukkan beliau tidak telus untuk melaksanakan projek itu secara tender terbuka.
"Berdasarkan siasatan, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Pulau Pinang dengan syarikat berpangkalan di China, iaitu BUCG pada 17 Mac 2011 yang bertujuan menyelesaikan masalah trafik di Pulau Pinang itu sebagai direct award (secara terus) kepada syarikat terbabit untuk terlibat dalam projek tersebut.
"Dalam MoU itu jelas bukan suatu lesen untuk BUCG atau wakilnya terlibat di dalam penyediaan Request for Proposal. Saya mengambil kira kewujudan MoU ini dengan keterangan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli ketika itu tentang janji Lim untuk memberikan projek tersebut kepada BUCG secara direct award.
"Dalam MoU itu juga tidak menyatakan projek terbabit akan dibuat secara open tender," katanya.
Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan Lim.
Zulhilmi berkata siasatannya mendapati terdapat satu lagi MoU bertarikh 28 April 2011, yang mana Lim telah menandatangani MoU antara kerajaan negeri dengan BUCG berkaitan persetujuan untuk membangunkan cadangan bagi menyelesaikan masalah aliran trafik di Pulau Pinang.
"Kandungan MoU juga menyatakan syarikat BUCG dijemput untuk membuat kertas cadangan bagi kerja-kerja pembinaan jalan yang dianggarkan kos sebanyak RM10 bilion. Terdapat gambar yang telah diambil ketika majlis tandatangan MoU ini berlangsung.
"Siasatan yang dijalankan menunjukkan MoU yang ditandatangani bersama pihak BUCG pada 28 April 2011 itu jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 April 2011 yang memutuskan projek akan dilaksanakan secara tender terbuka," kata Zulhilmi yang terlibat dalam siasatan kes itu pada 2020.
Selain itu, Zulhilmi berkata berdasarkan kepada keterangan yang beliau peroleh semasa siasatan, pada awal Mac 2011, Zarul Ahmad telah berjumpa tertuduh di sebuah restoran di Jalan Ampang dan selepas makan malam kira-kira 11.45 malam, Zarul Ahmad menghantar tertuduh ke Hotel The Gardens di Mid Valley.
"Dalam perjalanan pulang kira-kira 12 tengah malam, tertuduh mencadangkan kepada Zarul Ahmad untuk mengaturkan satu MoU antara BUCG dengan kerajaan Pulau Pinang dan sekiranya Zarul Ahmad dapat melaksanakan Majlis MOU itu, projek terowong akan diberikan kepada Zarul Ahmad secara 'direct nego'.
"Selepas menyatakan sedemikian, tertuduh telah meminta 10 peratus daripada keuntungan projek dari Zarul Ahmad dan beliau (Zarul Ahmad) telah bersetuju dengan permintaan tertuduh untuk memberikan 10 peratus daripada keuntungan projek," kata Zulhilmi sambil menambah projek berkenaan adalah untuk mengaburi mata masyarakat dan lebih berbentuk 'land scam'.
Dalam pada itu, peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer yang mewakili Lim memohon supaya beberapa keterangan dalam pernyataan saksi itu digugurkan kerana ia lebih kepada pendapat bukan fakta.
Hakim Azura Alwi kemudian meminta peguam menyenaraikan keterangan-keterangan berkenaan sebelum mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung perkara itu selepas saksi terbabit selesai memberi keterangan.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pegawai SPRM mendakwa keputusan Lim Guan Eng melantik BUCG untuk projek terowong Pulau Pinang dibuat secara terburu-buru dan tidak telus, dengan MoU menunjukkan kecenderungan kepada pemberian kontrak secara terus, bukan tender terbuka.
- Siasatan mendapati Lim didakwa meminta 10% daripada keuntungan projek daripada Zarul Ahmad, serta menandatangani MoU yang bercanggah dengan keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan tender terbuka.
- Lim berdepan empat pertuduhan rasuah termasuk menerima RM3.3 juta dan melupuskan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta, dengan perbicaraan kes diteruskan esok.
Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya Zulhilmi Ramli, 33, berkata tindakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu daripada awal menunjukkan beliau tidak telus untuk melaksanakan projek itu secara tender terbuka.
"Berdasarkan siasatan, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Pulau Pinang dengan syarikat berpangkalan di China, iaitu BUCG pada 17 Mac 2011 yang bertujuan menyelesaikan masalah trafik di Pulau Pinang itu sebagai direct award (secara terus) kepada syarikat terbabit untuk terlibat dalam projek tersebut.
"Dalam MoU itu jelas bukan suatu lesen untuk BUCG atau wakilnya terlibat di dalam penyediaan Request for Proposal. Saya mengambil kira kewujudan MoU ini dengan keterangan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli ketika itu tentang janji Lim untuk memberikan projek tersebut kepada BUCG secara direct award.
"Dalam MoU itu juga tidak menyatakan projek terbabit akan dibuat secara open tender," katanya.
Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan Lim.
Zulhilmi berkata siasatannya mendapati terdapat satu lagi MoU bertarikh 28 April 2011, yang mana Lim telah menandatangani MoU antara kerajaan negeri dengan BUCG berkaitan persetujuan untuk membangunkan cadangan bagi menyelesaikan masalah aliran trafik di Pulau Pinang.
"Kandungan MoU juga menyatakan syarikat BUCG dijemput untuk membuat kertas cadangan bagi kerja-kerja pembinaan jalan yang dianggarkan kos sebanyak RM10 bilion. Terdapat gambar yang telah diambil ketika majlis tandatangan MoU ini berlangsung.
"Siasatan yang dijalankan menunjukkan MoU yang ditandatangani bersama pihak BUCG pada 28 April 2011 itu jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 April 2011 yang memutuskan projek akan dilaksanakan secara tender terbuka," kata Zulhilmi yang terlibat dalam siasatan kes itu pada 2020.
Selain itu, Zulhilmi berkata berdasarkan kepada keterangan yang beliau peroleh semasa siasatan, pada awal Mac 2011, Zarul Ahmad telah berjumpa tertuduh di sebuah restoran di Jalan Ampang dan selepas makan malam kira-kira 11.45 malam, Zarul Ahmad menghantar tertuduh ke Hotel The Gardens di Mid Valley.
"Dalam perjalanan pulang kira-kira 12 tengah malam, tertuduh mencadangkan kepada Zarul Ahmad untuk mengaturkan satu MoU antara BUCG dengan kerajaan Pulau Pinang dan sekiranya Zarul Ahmad dapat melaksanakan Majlis MOU itu, projek terowong akan diberikan kepada Zarul Ahmad secara 'direct nego'.
"Selepas menyatakan sedemikian, tertuduh telah meminta 10 peratus daripada keuntungan projek dari Zarul Ahmad dan beliau (Zarul Ahmad) telah bersetuju dengan permintaan tertuduh untuk memberikan 10 peratus daripada keuntungan projek," kata Zulhilmi sambil menambah projek berkenaan adalah untuk mengaburi mata masyarakat dan lebih berbentuk 'land scam'.
Dalam pada itu, peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer yang mewakili Lim memohon supaya beberapa keterangan dalam pernyataan saksi itu digugurkan kerana ia lebih kepada pendapat bukan fakta.
Hakim Azura Alwi kemudian meminta peguam menyenaraikan keterangan-keterangan berkenaan sebelum mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung perkara itu selepas saksi terbabit selesai memberi keterangan.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA

#Lim Guan Eng
#projek terowong dasar laut di Pulau Pinang
#SPRM
#mempunyai kepentingan peribadi
#terkini