MALAYSIA
GuardFlow diumum pemenang minggu ke-4 INNOVATHON Musim 3
Kumpulan GuardFlow mengungguli minggu ke empat INNOVATHON musim ke-3 selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan dengan produk inovasi terbaharu untuk sektor perubatan pergigian. - Foto Astro GEMPAK
KUALA LUMPUR: GuardFlow diumumkan sebagai pemenang bagi minggu keempat program INNOVATHON Musim Ketiga yang disiarkan pada Sabtu.
Kejayaan itu membolehkan GuardFlow menarik nafas lega susulan berjaya menarik perhatian juri dengan memperkenalkan inovasi mereka.
GuardFlow merupakan alat kawalan lembapan pergigian serbaguna yang menggabungkan empat komponen dalam satu rekaan kompak iaitu tongue retractor, cotton roll holder, saliva ejector holder dan mouth prop.
Selain itu, kelebihan GuardFlow adalah ia diperbuat daripada keluli tahan karat selain boleh disteril dan diautoklaf.
Difahamkan, GuardFlow juga mampu menyokong rawatan dua tangan (two-handed dentistry), yang berpotensi menjimatkan masa rawatan serta meningkatkan kualiti tampalan.
Menurut GuardFlow, alat hasil inovasi mereka ini telah diuji di klinik-klinik kesihatan dan sekolah di Perlis, serta sedang dikilang bersama syarikat tempatan iaitu Tunas Warisan Synergy Sdn Bhd di Kedah.
Tambah kumpulan itu, kos yang diperlukan juga adalah rendah, tahan lama dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak serta dewasa.
Produk GuardFlow ini juga dapat menggantikan fungsi rubber dam yang lebih besar, mahal, rumit, dan mengambil masa yang lebih lama untuk dipasang dan terdapat 30 unit buat masa sekarang.
INNOVATHON 3 menyaksikan primadona negara Erra Fazira memegang peranan sebagai juri.
Selain itu, pelakon Amelia Henderson dan Awal Ashaari diberi tanggungjawab sebagai hos rancangan manakala Ceddy Ang selaku hos kapsul.
Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi pula berperanan sebagai Mentor INNOVATHON yang membimbing dan memberi motivasi kepada para peserta.
Program TV inovasi terbaik Asia, INNOVATHON dengan kerjasama Astro dan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini menyaksikan skala yang lebih besar dan penyertaan dua kali ganda tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Saksikan pelbagai idea dan ciptaan inovatif kreatif ini setiap Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase dan strim di Astro GO serta sooka