awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang simpan bahan kimia terbakar di Pelabuhan Klang

Bernama
Bernama
24/04/2025
07:54 MYT
Gudang simpan bahan kimia terbakar di Pelabuhan Klang
Kejadian kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Sebuah gudang kertas dan bahan kimia di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Barat, Klang dekat sini terbakar dalam kejadian pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan insiden itu kira-kira 10.10 pagi tadi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.
"Komander Operasi melaporkan gudang penyimpanan kertas terbakar 40 peratus dengan kerja-kerja pemadaman masih dilakukan ketika ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata makluman awal juga mendapati kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Klang Selatan, Klang Utara, Pulau Indah, Bukit Jelutong dan Damansara digerakkan bagi mengawal kebakaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bahan kimia
#gudang kertas
#Pelabuhan Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan