awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang simpan cat dan bahan kimia terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2025
10:00 MYT
Gudang simpan cat dan bahan kimia terbakar
Api marak dan kepulan asap hitam berpunca daripada cat dan bahan kimia yang disimpan dalam gudang terbabit. -Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Sebuah gudang menyimpan cat dan bahan kimia di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat di sini musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Sebuah gudang menyimpan cat dan bahan kimia di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran pada Sabtu.
  • Kebakaran melibatkan bahan mudah terbakar seperti cat, methanol, dan toluene, menyebabkan api marak serta mengeluarkan asap hitam.
  • Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini, dan kebakaran dapat dikawal pada jam 2.50 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.11 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi 16 minit kemudian.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah gudang di kawasan Eng Lee Estate yang menempatkan bahan mudah terbakar termasuk cat, 'methanol' dan 'toluene' hingga menyebabkan api marak serta mengeluarkan asap hitam.
"Ketika anggota bomba sampai, kebakaran dilaporkan telah merebak ke premis bersebelahan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Mohamad Shoki berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 2.50 petang dan operasi pemadaman masih diteruskan.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini.
Seramai 30 anggota bomba dari lima balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Bukit Mertajam, Sungai Bakap, Batu Kawan dan Jalan Perak, termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam kerja-kerja memadamkan kebakaran. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gudang menyimpan cat dan bahan kimia
#Jalan Permatang Tinggi
#bahan mudah terbakar
#methanol dan toluene
#Eng Lee Estate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan