awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang, Jakim keluarkan kenyataan

Gempak
Gempak
14/09/2022
03:16 MYT
Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang, Jakim keluarkan kenyataan
Gula-gula yang menyenaraikan 'pork gelatin' sebagai antara bahan ramuannya didakwa dijual secara terbuka di sebuah platform beli-belah dalam talian. - Foto Astro GEMPAK
SEMALAM, kecoh dalam kalangan pengguna media sosial apabila dikhabarkan ada satu jenama gula-gula yang mengandungi unsur babi tetapi mempunyai tanda halal pada pembungkus.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh sebuah akaun di sebuah Twitter itu, kelihatan ‘gelatin babi’ tercetak dalam senarai bahan-bahan selain bahan-bahan lain yang biasa digunakan bagi pembuatan gula-gula.
Hal ini bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkan netizen tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran.
Lebih membimbangkan, gula-gula berkenaan juga dijual dengan terbuka di sebuah platform beli-belah online.
Menerusi ruangan balas, kelihatan netizen berbincang mengenai perkara berkenaan dan mencadangkan supaya laporan kepada pihak berwajib dibuat.
“Kena check logo tu. Logo halal itu bukan logo yang diiktiraf oleh Jakim. Nampak sangat mereka letak sahaja logo di situ. Buat laporan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi tinjauan Gempak di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), satu kenyataan tentang gula-gula tersebut telah dikeluarkan.
Menerusi kenyataan berkenaan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jakim. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
Topic Berkaitan
#Halal
#gula-gula
#JAKIM
#gelatin babi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan