awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut kereta dinaiki dihanyutkan arus di Tawau
Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 4.3 peratus pada 2026 - Affin Bank
Sembilan warga asing direman kes penipuan kerja sambilan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna AstraZeneca di Sarawak, kenyataan rasmi dikeluarkan esok - Uggah

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
17/05/2021
07:24 MYT
Guna AstraZeneca di Sarawak, kenyataan rasmi dikeluarkan esok - Uggah
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca di negeri itu esok.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca di negeri itu esok.
"Kita akan mengeluarkan kenyataan (rasmi) esok," komen ringkas pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Ia susulan kenyataan Menteri Penyelaras Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang memberitahu penggunaan vaksin AstraZeneca akan diperluas dan melibatkan Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Khairy berkata, pendaftaran fasa kedua vaksin AstraZeneca yang bermula 23 hingga 26 Mei itu memberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 ke atas.
“Tempahan vaksin boleh dilakukan melalui laman web dan klinik komuniti berdekatan malah vaksin AstraZeneca juga akan dihantarkan ke rumah penjagaan orang tua bagi memudahkan prosedur mendapatkan imunisasi,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mendedahkan vaskin AstraZeneca tidak akan digunakan di Sarawak.
Namun beberapa pemimpin negeri memohon agar Kerajaan Sarawak mempertimbangkan semula penggunaan vaksin tersebut bagi mempercepatkan proses vaksinasi yang sedang dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#AstraZeneca Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#Khairy Jamaluddin
#vaksin COVID-19
#vaksin AstraZeneca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan