NATIONAL
Guna elektrik berlebihan undang kebakaran musim perayaan - KP Bomba
Nor Hisham berkata, pihaknya memandang serius statistik yang direkodkan dan langkah yang dilaksanakan itu sekali gus bagi mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan antara punca peningkatan berlakunya kebakaran kediaman dan premis pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohamad berkata selain itu rintangan pemanasan, litar pintas dan terlebih bebanan elektrik pada perkakasan elektrik juga menjadi pendorong kepada punca utama kebakaran.
Justeru, pihaknya akan terus memberikan tumpuan khusus terhadap keselamatan kebakaran di rumah dalam kalangan masyarakat bagi mengurangkan risiko bencana menjelang musim perayaan Aidilfitri.
"Lazimnya musim perayaan penggunaan elektrik ini akan meningkat bagi aktiviti memasak dan sebagainya dan itu antara kerisauan pihak bomba jika masyarakat tidak cakna dengan isu keselamatan kebakaran.
"Apatah lagi untuk dua bulan pertama tahun ini trend kematian akibat terperangkap di dalam rumah juga meningkat dan jumlah korban melebihi 10 mangsa," katanya kepada Astro AWANI.
Nor Hisham berkata, pihaknya memandang serius dengan statistik yang direkodkan dan langkah yang dilaksanakan itu sekali gus bagi mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya mencabut semua plug perkakasan elektrik daripada soket sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku semasa ketiadaan mereka.
Katanya lagi, bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini juga sebanyak 516 kes kebakaran rumah telah direkodkan.
Jumlah itu menunjukkan kenaikan sebanyak 108 peratus berbanding 448 kes pada tahun 2024, tambahnya.