awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan

Bernama
Bernama
27/01/2025
15:40 MYT
Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Jafri berkata pihaknya juga merampas dua kenderaan serta beberapa telefon bimbit dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM83,500. - Gambar FB/Batalion 4 PGA Semenyih
KUALA LUMPUR: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
Pegawai pemerintahnya Supt Jafri Muhamad berkata dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Anggerik, Sungai Besar, Selangor pada 6 pagi semalam, polis menahan masing-masing lima lelaki serta wanita warga Indonesia berusia antara 21 hingga 45 tahun.
Beliau berkata semasa pemeriksaan dilakukan menerusi Op Taring Nyah 1 itu, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Hasil siasatan lanjut, seorang lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai tekong darat (transporter), berusia 38 tahun turut ditahan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jafri berkata pihaknya juga merampas dua kenderaan serta beberapa telefon bimbit dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM83,500.
Kesemua yang ditahan serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#pendatang tanpa izin
#jalan tidak diwarta
#keluar dan masuk negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan