KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di ibu negara mutakhir ini memaksa pasukan pengurusan pengebumian jenazah untuk menggunakan jentera pengorek kaut bagi menggali lubang kubur di beberapa tanah perkuburan sekitar Kuala Lumpur.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ia lebih-lebih lagi apabila jumlah jenazah yang perlu diuruskan di Tanah Perkuburan Islam Raudhathul Sakinah (TPIRS) Lebuhraya KL-Karak di Taman Selaseh dan TPIRS Bukit Kiara kadangkala menjangkau sehingga lebih 30 jenazah sehari.
"Pihak jabatan terpaksa guna langkah lebih proaktif dengan menggunakan pengorek kaut iaitu dengan menyewa jentera bagi menggali lubang kubur dan penggali kita yang mahir selepas itu akan membuat liang lahad pula.
"Jentera ini juga kami gunakan untuk membantu menutup lubang kubur, semua ini adalah bagi mempercepatkan proses pengurusan jenazah," katanya kepada Bernama.
Terdapat 113 petugas dalam Pasukan Pengurusan Jenazah Khas COVID-19 yang menguruskan jenazah di hospital dan pusat perubatan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, merangkumi 74 petugas JAWI, 21 petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta 18 daripada Kor Agama Angkatan Tentera.
Bagi petugas sukarelawan pula, terdapat 37 penggali kubur dan 54 pemandu jenazah, katanya.
Pasukan berkenaan menguruskan jenazah dari beberapa hospital antaranya Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM-PPUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Hospital Putrajaya (HPJ), dan Institut Kanser Negara (IKN).
Mohd Ajib berkata setakat ini jumlah jenazah paling banyak diuruskan pasukan berkenaan sehari ialah pada Ahad lepas, iaitu sebanyak 93 jenazah, manakala semalam 74 jenazah.
Setakat 8 pagi ini, sebanyak 2,352 jenazah COVID-19 telah diuruskan pasukan berkenaan sejak Mac tahun lepas merangkumi 1,320 jenazah lelaki dan 1,032 jenazah wanita, majoritinya berusia 41 hingga 60 tahun iaitu sebanyak 959 jenazah, diikuti 938 jenazah berusia 61 hingga 80 tahun.
Bagaimanapun Mohd Ajib berkata beliau bersyukur kerana semua ujian dan cabaran dihadapi pasukan berkenaan khususnya di hospital dan tanah perkuburan dapat dihadapi menerusi kerjasama erat pelbagai agensi dan sukarelawan.
"Kami sentiasa berusaha jaga kebajikan mereka dan berusaha pastikan semua pengurusan jenazah diuruskan mengikut syariah," katanya sambil menambah, pasukan berkenaan turut dibekalkan bantuan makanan setiap hari serta mengambil kira keperluan mereka yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021
Mohd Ajib berkata setakat ini jumlah jenazah paling banyak diuruskan pasukan berkenaan sehari ialah pada Ahad lepas, iaitu sebanyak 93 jenazah, manakala semalam 74 jenazah. - Gambar fail
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Pemergian Tun Hanif kerugian buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Kompaun RM1.4 juta kesalahan merokok sepanjang Mac
KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta pada Mac.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kerajaan Madani komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - Anwar
Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.