awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna kain rentang sebelum larikan RM217,950 daripada mesin ATM

Bernama
Bernama
01/06/2013
14:28 MYT
Guna kain rentang sebelum larikan RM217,950 daripada mesin ATM
Sejumlah RM217,950 wang tunai dilarikan penjenayah yang bertindak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jalan Masjid Lama, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi tadi, penjenayah turut menggunakan kain rentang untuk menutup cermin Bangunan Tabung Haji yang menempatkan mesin ATM milik sebuah bank, bagi mengelak perbuatan mereka daripada dikesan.
"Kejadian hanya disedari orang awam yang mahu menggunakan perkhidmatan mesin ATM itu pada 8.30 pagi. Berdasarkan kesan yang ditemui, mesin ATM itu dipecah menggunakan api gas oxy (Oxy-Acetylene)," katanya ketika dihubungi.
Mazlan berkata siasatan akan diteruskan dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) dan kesan cap jari yang ditemui di tempat kejadian.
Selain itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#950
#ATM
#gas oxy
#RM217
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan