Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi masing-masing pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi bukan sahaja menjimatkan, malah terbukti lebih selamat berbanding penggunaan kenderaan persendirian.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata statistik menunjukkan jumlah kemalangan maut membabitkan pengangkutan awam di negara ini jauh lebih rendah berbanding kenderaan persendirian.
“Penggunaan pengangkutan awam terbukti telah dapat mengurangkan kemalangan jalan raya seperti mana laporan ‘Ops Sikap 25’ yang lepas,” kata Cho Ha.
“Rekod polis menunjukkan pengangkutan awam mencatatkan kematian sifar pada ‘Ops Sikap 25’ tahun lalu,” tambah beliau pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan, sempena Tahun Baru Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini.
Katanya, bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan operasi pemeriksaan di terminal-terminal bas di seluruh negara bagi.
Pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan supaya ia selamat dan “roadworthy”.
“Pemeriksaan ke atas pemandu bas juga akan dijalankan oleh JPJ dengan kerjasama pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi memastikan pemandu bebas daripada pengaruh dadah serta alkohol.”
Mengulas lanjut, Cho Ha berkata lebih 1,500 anggota JPJ akan ditugaskan bagi membantu polis dalam “Ops Selamat 2” bermula pada 3 hingga 17 Februari 2013.
“JPJ dan PDRM akan melakukan rondaan dan operasi static di kawasan-kawasan hitam yang telah meningkatkan tahap ‘Perception of Being Caught’ yang mana pengguna jalan raya sentiasa dapat merasakan bahawa gerak geri mereka sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa.”
Bagi mengurangkan risiko kemalangan, kementerian turut mengambil langkah mengurangkan had laju kenderaan di jalan persekutuan dan negeri sebanyak 10 kilometer sejam.
Selain itu larangan pergerakan kenderaan berat juga dikuatkuasakan pada 8, 9, 16 dan 17 Februari.
Harris Hardy Hakim
Mon Feb 04 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
'Guna pengangkutan awam sempena Tahun Baru Cina'
Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi masing-masing pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Lapangan Terbang Sandakan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM70 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan untuk memberi keselesaan kepada penumpang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.