KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar pasangan yang ingin berkahwin menggunakan saluran yang betul bagi mendirikan rumah tangga.
Baginda bertitah, perkahwinan yang teratur dan mengikut undang-undang akan menjadikan sesebuah keluarga hidup aman dan harmoni.
"Ini juga menjadi penyumbang kepada faktor kebahagiaan sesebuah rumah tangga," titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Baginda bertitah, sejak kebelakangan ini ketika negara dalam fasa peralihan ke endemik, terdapat banyak isu kekeluargaan hingga menyebabkan peningkatan kes perceraian.
Justeru, baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs menyarankan supaya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menempatkan pegawai khususnya dari bidang kaunseling kekeluargaan untuk membantu institusi kekeluargaan menjadi lebih baik dan mengurangkan kadar perceraian di negeri itu.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berangkat merasmikan dan mengurniakan tauliah-taukiah di Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis 2022 di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semalam.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pemangku Pengarah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Perkahwinan yang teratur dan mengikut undang-undang akan menjadikan sesebuah keluarga hidup aman dan harmoni, titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Gambar fail
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Abbas bawa Al-Quran pada pertemuan pertama dengan Alana
YouTuber kelahiran Scotland, Alana Dee Dunsmore dan pelakon Abbas Mahmood sempat berkongsi detik indah pertemuan mereka.
JDT: Syamer, Feroz selamat dirikan rumah tangga
Ramai peminat mereka masing-masing berkongsi gambar-gambar menarik ketika majlis mereka berlangsung.
Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna jadi pengapit BCL, Tiko
Video dan foto penyanyi itu selamat menikah dengan Tiko menjadi viral di media sosial.
Resort mewah di Bali jadi tumpuan pernikahan Bunga Citra Lestari, Tiko
Ketua Polis daerah menyatakan bahawa belum ada sebarang permintaan bantuan keselamatan berhubung majlis perkahwinan BCL dan Tiko.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Kelingkan Kelantan terbesar, terpanjang di dunia
Selendang itu digayakan bersama busana songket pengantin pada majlis resepsi mereka di sebuah hotel di sini pada 22 Januari lalu.
Mizz Nina, Essam serba putih sempena resepsi di KL
Mizz Nina melangsungkan majlis resepsi bersama pasangan, Essam Muhammad di sebuah acara tertutup malam Isnin selepas hampir tiga bulan bernikah.
Wanita China 'kahwin tipu-tipu' dengan warga Singapura dipenjara enam bulan
Cao Rongrong mengaku bersalah kerana melangsungkan perkahwinan untuk mendapatkan kelebihan dalam bentuk pas lawatan.
Pelakon Intan Najuwa selamat berkahwin dengan ahli perniagaan
Pelakon, Intan Najuwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman.