[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Guna torrent tak salah, tetapi...

Astro Awani 13/01/2019 | 00:55 MYT
Torrent kini mengedarkan serta memuat turun kandungan yang dilindungi hakcipta boleh dianggap menyalahi undang-undang. - Gambar hiasan
PENGGUNAAN aplikasi torrent dalam berkongsi fail dan juga kandungan video amat popular di seluruh dunia.
Di China, laman torrent BT Paradise merupakan antara yang paling popular dengan purata harian mencatatkan lebih tiga juta paparan halaman dengan perkongsian beribu-ribu kandungan termasuklah kandungan berhakcipta.
Menurut laporan agensi tempatan, pemilik BT Paradise telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda 800,000 yuan (RM484,360) atas pelanggaran hakcipta.
"Jenayah berkenaan mula mendapat perhatian polis di Jiangsu pada 2016 selepas platform berkenaan menjadi hos kepada sekitar 24,737 bahan berhakcipta sejak ia ditubuhkan pada Mei 2015.
"Walaupun laman berkenaan tidak mengenakan bayaran untuk pengguna memuat turun bahan yang dikongsikan, pengasas BT Paradise, Yuan dilaporkan memperoleh lebih 1.4 juta yuan (RM850,000) pendapatan daripada iklan," lapor berita teknologi Sina.
Pada asalnya, pengguna teknologi torrent sebagai cara untuk berkongsi kandungan dalam talian tidaklah menyalahi mana-mana undang-undang.
Akan tetapi, penggunaan teknologi ini untuk mengedarkan serta memuat turun kandungan yang dilindungi hakcipta boleh dianggap menyalahi undang-undang malah ia merupakan salah satu daripada jenayah rompakan harta intelek.
Susulan penahanan pengasas BT Paradise, rata-rata netizen di China mengeluh dan berkongsi rasa sedih kerana tidak lagi dapat mengakses kandungan drama yang diminati mereka.
Malah, kata kunci Yuan turut jadi perhatian di platform utama media sosial mereka iaitu Weibo.
"Perniagaan Yuan menyalahi undang-undang, tetapi saya masih berterima kasih atas apa yang dilakukannya.
"Saya sokong tindakan kerajaan dalam memerangi isu perlindungan hakcipta, tetapi saya takkan guna bahan cetak rompak kalau saya ada akses kepada kandungan yang mematuhi undang-undang," komen salah seorang pengguna BT Paradise melalui akaun Weibo.
#aplikasi torrent #hakcipta #harta intelek #kandungan haram #pelanggaran undang-undang hakcipta #penggunaan torrent