Gunting lidah: Muhamad Alif semakin pulih, tetapi masih trauma

Astro Awani
Mac 27, 2016 09:09 MYT
Mohamad Alif semakin pulih dan sudah mahu bermain dengan rakan sebaya di kawasan perumahan. - Foto Astro AWANI
Pelajar Tahun Dua yang menggunting lidahnya sendiri, Muhamad Alif Shukran Alias dilaporkan semakin pulih.
Dia dilaporkan sudah boleh makan namun sukar untuk bertutur dengan jelas.
Menurut ayahnya Alias Abdullah, sejak kejadian, anaknya kurang bercakap selain tidak seceria perwatakkannya sebelum ini.
Namun dia kini semakin pulih dan sudah mahu bermain dengan rakan sebaya di kawasan perumahan.
BACA: Kes gunting lidah: Kementerian Pendidikan serah kepada polis
Kata Alias, dia kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
"Tindakan (terpulang kepada) polis untuk buat siasatan selanjutnya, akan buat tindakan yang terbaik kalau boleh," kata Alias.
Khamis lalu Muhamad Alif mendakwa dia dipaksa gunting lidahnya sendiri oleh lima pelajar selepas diugut akan dipukul.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapatkan rawatan.
Laporan awal turut menyebut mangsa mendakwa beberapa kali dibuli oleh pelajar lain.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak dihubungi berkata polis akan mengambil keterangan mangsa setelah dilaporkan stabil dan selesa.
Lima lagi pelajar yang dikatakan mengarahkan mangsa menggunting lidah pula akan diambil keterangan Isnin depan.
Kes kini disiasat dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.
#gunting lidah #Muhamad Alif Shukran Alias #potong lidah