Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi

Firdaus Azil
April 18, 2024 10:07 MYT
Pelanggan AirAsia yang terjejas diminta membuat pemeriksaan status penerbangan mereka dari semasa ke semasa di airasia.com/flightstatus. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara pada Rabu, beberapa penerbangan AirAsia ke Sabah dan Sarawak terjejas dan terpaksa dijadualkan semula.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Khamis bagaimanapun berkata, beberapa penerbangan antara Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Malaysia Timur akan kembali beroperasi.

[TRAVEL ADVISORY] - Updated as of 18 April 2024 at 4:00PM

Following the recent eruption of Mount Ruang, #AirAsia has reinstated several flights based on the latest weather conditions. Click here for the list of impacted flights: https://t.co/w1XxcAgO1F

— AirAsia (@airasia) April 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut senarai terkini penerbangan AirAsia yang dijadualkan semula:
Selain itu AirAsia berkata, pihaknya turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
“Move Flight – pertukaran (sekali sahaja) kepada mana-mana tarikh baharu dalam tempoh 30 hari daripada tarikh asal penerbangan dengan destinasi yang sama tanpa sebarang kos tambahan, dan bergantung kepada kekosongan kerusi.
“Credit Account – pengembalian nilai tempahan penerbangan dalam akaun ahli AirAsia Rewards untuk mana-mana penerbangan di masa akan datang, dan perlu ditebus dalam tempoh 730 hari kalendar (dua tahun) dari tarikh penerbitan. Tarikh tempahan baharu boleh jatuh kepada mana-mana tarikh yang diterbitkan dalam jadual penerbangan airasia.com,” menurut kenyataan itu lagi.
AirAsia berkata, pelanggan yang ingin membuat perubahan tempahan boleh melakukan demikian melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasisa Superapp).
Melalui kategori yang tersedia, pelanggan boleh klik pada ‘Booking Changes’, kepada “Flight Change’ dan yang terakhir sekali “My flight was changed by AirAsia’, dan ikut arahan yang tersedia.
Dalam pada itu AirAsia berkata, para pelanggan yang terjejas diminta membuat pemeriksaan status penerbangan mereka dari semasa ke semasa di airasia.com/flightstatus.
Selain itu ia berkata, pihaknya akan terus memantau aktiviti volkanik Gunug Ruang, dan akan menyediakan maklumat berdasarkan perkembangan terbaharu.
#Gunung Berapi Ruang #AirAsia #Sabah dan Sarawak #penerbangan