MALAYSIA
Gurauan keterlaluan sesama rakan boleh jadi buli - Ketua Polis Sarawak

Insiden di IKBN Miri yang tular di media sosial baru-baru ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. - Gambar/ Media sosial
KUCHING: Golongan muda diingatkan agar tidak memandang ringan gurauan keterlaluan sesama rakan kerana ia boleh dianggap perbuatan buli dan memberi kesan buruk terhadap masa depan pelajar, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.
Ringkasan AI
- Pesuruhjaya Polis Sarawak mengingatkan golongan muda agar tidak memandang ringan gurauan keterlaluan kerana ia boleh dianggap sebagai perbuatan buli dan memberi kesan buruk terhadap masa depan pelajar, merujuk kepada insiden di IKBN Miri yang tular baru-baru ini.
- Walaupun mangsa dan keluarga enggan meneruskan laporan, polis tetap membuka kertas siasatan dan memanggil semua pihak terlibat untuk memberi keterangan, serta mengesahkan tiada kecederaan dialami mangsa berdasarkan pemeriksaan perubatan.
- Polis menasihatkan orang ramai agar tidak merakam dan menyebarkan video insiden sedemikian kerana ia boleh menggalakkan budaya negatif, dan hasil siasatan tetap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Maksudnya, walaupun nampak seperti gurauan secara kasar, ia tetap perbuatan buli," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan telah dibuka dan semua pihak termasuk mangsa, ibu bapa serta rakan-rakan terlibat dipanggil untuk memberi keterangan, manakala mangsa turut menjalani pemeriksaan perubatan yang mengesahkan tiada kecederaan.
Pada masa sama, beliau meminta orang ramai agar tidak merakam serta menyebarkan video insiden sedemikian kerana ia hanya menggalakkan budaya negatif dalam kalangan pelajar.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Lim San Aik berkata walaupun mangsa dan bapanya memutuskan tidak meneruskan kes, polis tetap akan merujuk hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dilapor mengesahkan pelajar lelaki berusia 19 tahun itu menafikan dibuli, sebaliknya menjelaskan kejadian yang tular hanya gurauan rakan sempena sambutan hari lahir pada 19 Sept lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami