awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru antara 35 orang terbabit dalam kegiatan Daish di Kedah

Bernama
Bernama
04/05/2017
04:05 MYT
Guru antara 35 orang terbabit dalam kegiatan Daish di Kedah
Penahanan terbaru melibatkan seorang guru lelaki yang mengajar di Kulim kerana memberi sokongan kepada militan Daish. - Gambar hiasan
Tiga puluh lima orang, termasuk seorang guru sekolah, yang disyaki terbabit dengan kegiatan Daish, ditahan di seluruh Kedah antara tahun 2013 hingga April lalu.
Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Datuk Abu Bakar Ahmad berkata penahanan terbaru melibatkan seorang guru lelaki yang mengajar di Kulim kerana memberi sokongan kepada militan Daish.
"Guru berumur 30-an ini telah memberi bantuan dana dan sokongan kepada militan Daish melalui laman media sosial dan siasatan lanjut mendapati guru ini aktif memberi sokongan kepada kumpulan itu sejak dua tahun lalu.
"Penangkapan guru ini dijalankan hasil risikan anggota polis namun dia belum dihadapkan ke mahkamah kerana siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar bersempena persaraannya Jun ini.
Beliau berkata dua anggota polis turut ditahan dalam tempoh tersebut namun seorang daripadanya telah dilepaskan selepas siasatan dijalankan manakala seorang lagi dikenakan tindakan.
Polis, kata Abu Bakar, akan turut memperketatkan kawalan di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand bagi mengelakkan pihak tertentu daripada menyeludup masuk senjata api untuk digunakan bagi menggugat keamanan negara.
"Apabila pintu sempadan dibuka 24 jam nanti, kita percaya banyak pihak yang akan cuba ambil kesempatan tetapi saya yakin dengan kemampuan pegawai dan anggota polis Kedah untuk mengawal pintu sempadan dengan baik.
"Kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand juga akan terus dijalankan bagi bertukar maklumat demi kepentingan dan keamanan kedua-dua negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Ahmad
#Daesh
#daish
#Kedah
#militan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan