awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/10/2023
10:27 MYT
Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam
Tertuduh yang merupakan guru sebuah sekolah di Petaling Jaya, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang guru Bahasa Arab sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid Darjah Enam, Jun lalu.
Tertuduh yang merupakan guru sebuah sekolah di Petaling Jaya, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang dipanggil ‘ustaz’ itu didakwa menyentuh kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dengan cara mencium, meraba dan menggosok kemaluan mangsa bagi maksud seksual.
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal itu di sebuah bilik rumah peranginan di Pulau Pangkor antara pukul 10 malam hingga 11 malam pada 28 Jun lalu.
'Ustaz’ mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki
Dia yang masih bujang turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama di bilik sebuah resort berasingan, Pulau Pangkor antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam pada 30 Jun lalu.
Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang menperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amira Nabihan Shahrir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#guru bahasa Arab
#cabul murid
#Mahkamah Sesyen Ipoh
#amang seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan