KOTA BHARU:Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi atas lima pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap remaja lelaki bulan lalu.
Tertuduh, Mohamad Khairi Hassan, 53 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dengan menawarkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah sebagai dorongan dengan niat untuk melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Kesalahan berkenaan berlaku di Kampung Pauh Butut, Peringat pada 13 Januari lepas.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan jenayah seksual terhadap mangsa yang sama di sebuah bilik hotel pada jam 3 petang, 29 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dan Seksyen 14(d) juga akta sama.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa melakukan jenayah seksual terhadap mangsa yang sama dalam kejadian yang dilakukan pada 13 dan 14 Januari antara jam 9.22 dan 10.31 pagi di Kampung Pauh Butut di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(f) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nuri Abdul Rahman.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membenarkan tertuduh diikat jamin 30,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh melaporkan diri di balai polis setiap 1 hari bulan.
Mahkamah menetapkan 11 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Muhafandi Muhamad
Sun Feb 07 2021

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dan Seksyen 14(d) juga akta sama. - Astro AWANI

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bukan MN, tetapi individu tolak MN sedang nyawa-nyawa ikan - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu
Keputusan awal ini dikeluarkan oleh tiga media tempatan utama Australia, Perbadanan Penyiaran Australia, 7 News dan Sky News Australia.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Agenda AWANI Asia: Era Baharu Keunggulan Muzium
Tema sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2022 ‘The Power of Museum’, adakah relevan dalam konteks semasa? Muzium sebagai insitusi Pendidikan, pentingnya adaptasi dengan perkembangan teknologi digital? Saksikan Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.
![AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968037/thumbnails/39699936581653138454892_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda: 1. Peniaga, Pengguna resah, bekalan ayam meruncing, apa tindakan kerajaan? 2. Kerajaan mungkin perkenal mekanisme bahan api bersasar, bantu orang susah 3. Selebriti aktif politik, Altimet lawan Hans Isaac jawatan Ketua Cabang PKR #AWANInews #MalaysiaSihat

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

AWANI Ringkas: Mayat pendaki kedua ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Tiada kesan harimau di Kemensah Heights
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes jenayah seksual Da'i Syed diteruskan atau ditarik balik diketahui 31 Mei
Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

KPWKM erat kerjasama dengan D11 Bukit Aman - Rina
KPWKM mengeratkan kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman dalam pemantapan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak dan wanita di negara ini.

Saksi utama tidak hadir, bicara kes jenayah seksual Da'i Syed ditangguh
Saksi utama adalah seorang penuntut kolej swasta berusia 24 tahun memberi keterangan.

Kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak membimbangkan, perlu lebih Mahkamah Khas
Tengku Maimun berkata, ada keperluan untuk mewujudkan lebih banyak Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak bagi menangani peningkatan kes.

Parlimen: Wujudkan jawatan hakim Jusa C kendali kes jenayah seksual - Azalina
Kerajaan dicadang supaya memberikan perhatian segera dan serius terhadap jurang implementasi di peringkat institusi seperti perjawatan khusus pegawai kehakiman Jusa C.

Ugut sebar gambar bogel kanak-kanak, juruteknik dipenjara 3 tahun
Tertuduh didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa berusia 14 tahun itu menerusi panggilan video Whatsapp.

Segera wujudkan mahkamah jenayah seksual kanak-kanak di semua negeri - Azalina
Isu jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak merupakan perkara besar dan memerlukan perhatian pihak kerajaan.

Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak
ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

Guru berdepan lima tuduhan jenayah seksual ke atas remaja lelaki
Didakwa menawarkan sebuah motosikal kepada remaja terbabit sebagai dorongan dengan niat untuk melakukan kesalahan seksual.

Pengetua madrasah didakwa lagi, kali ini berdepan 8 pertuduhan jenayah seksual
Tertuduh Syamsul Zaman Sukri, 32 dituduh melakukan jenayah seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki pada November 2017 hingga Oktober lepas.