awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru berisiko tinggi fokus fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Bernama
Bernama
09/04/2021
12:39 MYT
Guru berisiko tinggi fokus fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Kira-kira 55,000 guru yang dikategorikan sebagai golongan berusia dan berisiko tinggi akan diberi keutamaan pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Gambar fail/BERNAMA
SABAK BERNAM: Kira-kira 55,000 guru yang dikategorikan sebagai golongan berusia dan berisiko tinggi akan diberi keutamaan pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahya.
"Mereka (guru-guru) yang berisiko tinggi ini akan berada pada fasa kedua. Kita baharu selesai fasa pertama melibatkan frontliner.
"Untuk cikgu, sudah ada yang dapat (vaksin COVID-19) bersama Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika itu, dan fokus kita adalah sebanyak 55,000 guru yang berisiko tinggi dan selepas daripada itu kita beransur maju dengan fasa ketiga dan keempat," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada sidang media selepas Program Malaysia Prihatin di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata Program Malaysia Prihatin ini bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung inisiatif dan langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani COVID-19 dan program imunisasi kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PICK
#guru
#pendidikan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Muslimin Yahya
#Timbalan Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan