awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru besar disyaki cabul murid ditahan polis

Bernama
Bernama
09/08/2025
15:00 MYT
Guru besar disyaki cabul murid ditahan polis
Seorang guru besar ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang murid lelaki berusia 12 tahun di dalam tandas sekolah dan pejabatnya sejak Jun lepas. - Foto hiasan
MELAKA: Seorang guru besar ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang murid lelaki berusia 12 tahun di dalam tandas sekolah dan pejabatnya sejak Jun lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 58 tahun itu ditahan semalam oleh sepasukan anggota polis cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sekitar 9 malam.
"Polis mengesahkan telah menerima laporan dan suspek disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Ujian saringan air kencing didapati negatif dadah dan penahanan suspek dibuat untuk tempoh 24 jam sebelum diberikan jaminan polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu media melaporkan perbuatan suspek tersebut terbongkar selepas mangsa yang tidak lagi tahan diganggu secara seksual, menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum wanita berkenaan membawa anaknya membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah semalam.
Menurut sumber, anak sulung daripada tiga beradik itu mendakwa kejadian berlaku sekitar 8 pagi 29 Julai lepas ketika dia bersama dua rakannya pergi ke tandas sekolah sebelum suspek memasuki tandas dan memeluk serta memegang punggung mangsa.
Pengadu juga mendakwa kejadian sama pernah berlaku pada Jun ketika dia dan rakannya pergi ke pejabat suspek selepas diminta membantu meletakkan klip pada sijil namun kedua-dua kejadian itu tidak diceritakan kerana bimbang dimarahi ibunya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#ditahan polis
#cabul murid
#Polis Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan