awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru besar maut, doktor cedera dalam nahas Jalan Kota Bharu-Gua Musang

Bernama
Bernama
04/06/2024
14:30 MYT
Guru besar maut, doktor cedera dalam nahas Jalan Kota Bharu-Gua Musang
Seorang guru besar sebuah sekolah rendah maut manakala seorang doktor cedera dalam nahas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Gua Musang. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang guru besar sebuah sekolah rendah maut manakala seorang doktor cedera dalam nahas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Mazlan Mamat berkata insiden berlaku pada 6.50 pagi apabila doktor lelaki berusia 26 tahun itu, yang memandu dari arah Gua Musang menghala ke Tanah Merah, gagal mengawal kenderaan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung kereta dipandu guru besar berusia 52 tahun tersebut.
"Akibat jarak terlalu dekat sehingga berlaku perlanggaran itu, guru besar berkenaan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai manakala doktor berkenaan mengalami kecederaan luka di bahagian dada dan sedang menerima rawatan di hospital sama," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik Kuala Krai untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#Doktor
#Nahas
#Jalan Kota Bharu-Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan