MALAYSIA
Guru besar, sekolah diberi autonomi tentukan pelaksanaan pengajaran berpasukan - Wong
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh bercakap pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Konsep co-teaching atau pengajaran berpasukan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), akan dilaksanakan secara berperingkat dengan memberi autonomi kepada guru besar untuk menentukan kaedah pelaksanaannya di sekolah masing-masing.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan kaedah pedagogi berkenaan tidak membebankan guru, selain mengambil kira tahap kesediaan sekolah dan tenaga pengajar yang ada.
"KPM akan melaksanakan amalan pedagogi ini secara berhati-hati, dengan mengambil kira semua aspek pelaksanaan secara berperingkat dan mengambil kira tahap ketersediaan sekolah serta guru.
"Dalam isu ini, panitia mata pelajaran dan juga guru besar mempunyai autonomi bagi menentukan pendekatan co-teaching di sekolah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi KPM di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata autonomi itu termasuk keputusan sama ada untuk mengekalkan dua guru dalam satu kelas atau melaksanakan pembelajaran dengan seorang guru, sekiranya berlaku kekangan tenaga pengajar.
"Sekolah mempunyai guru yang mencukupi untuk pelaksanaan co-teaching bagi mata pelajaran bersepadu ini, tetapi pada suatu masa yang lain mungkin ada guru bercuti sakit atau guru bercuti bersalin.
"Dalam situasi ini, guru besar mempunyai autonomi untuk menentukan sama ada hendak menggantikan guru yang tidak ada dengan guru yang lain, atau hanya menggunakan seorang guru sahaja dalam mata pembelajaran bersepadu ini," katanya.
Wong berkata pengajaran berpasukan ditakrifkan sebagai satu kaedah pedagogi yang melibatkan dua guru yang setara, bekerjasama secara sinergi dalam satu bilik darjah bagi merancang, melaksana dan mentaksir proses pengajaran dan pembelajaran.
Beliau berkata sebelum pelaksanaan penuh, KPM telah menjalankan projek rintis melibatkan 130 guru di 65 sekolah rendah pelbagai kategori, bagi menilai keberkesanan pendekatan itu.
Justeru, Wong berkata KPM akan memastikan tenaga pengajar mencukupi bagi menjayakan pelaksanaan tersebut tanpa menambah beban kepada guru sedia ada.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM66,198,630,600 yang diperuntukkan kepada KPM dalam Belanjawan 2026 dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahas 30 Ahli Parlimen.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM akan melaksanakan konsep pengajaran berpasukan (co-teaching) secara berperingkat dan memberi autonomi kepada guru besar menentukan pelaksanaannya.
- Pelaksanaan ini bertujuan elak beban tambahan kepada guru serta bergantung pada tahap kesediaan sekolah dan tenaga pengajar.
- Kaedah ini telah diuji melalui projek rintis di 65 sekolah dan akan diperluas selepas memastikan jumlah guru mencukupi.