NATIONAL
Guru didakwa jalin hubungan terlarang dengan suami orang direhatkan - KPM

Fadhlina berkata, tindakan itu diambil sementara siasatan dalaman dijalankan oleh KPM memandangkan ia melibatkan isu integriti, kelakuan dan akhlak guru berkenaan. - Gambar fail
NIBONG TEBAL: Guru wanita di Melaka yang didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang 'direhatkan' dari tugas rasmi sehingga siasatan berhubung kes terhadapnya selesai.
Ringkasan AI
- Seorang guru wanita direhatkan daripada tugas mengajar susulan dakwaan menjalin hubungan sulit dengan suami orang; siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan KPM mengambil serius isu integriti dan akhlak guru, serta menekankan pentingnya guru menjaga tingkah laku sebagai suri teladan masyarakat.
- Kontroversi tercetus selepas tular video dan tangkap layar perbualan tidak senonoh di media sosial, melibatkan guru tersebut dan lelaki berstatus suami yang menawarkan perkhidmatan pemasangan CCTV di rumahnya.
"Kita sudah pun mengambil sikap untuk memastikan bahawa siasatan berlangsung dan dia akan berada dalam proses siasatan itu, maknanya kita ambil tegas untuk pastikan tiada gangguan dalam siasatan itu.
"Jadi dia tak berada dalam dan kita keluarkan dari sekolah dan tempatkan supaya siasatan berlangsung dengan lebih mudah ... direhatkan dari mengajar, tapi masih menjalankan tugas sebagai kakitangan awam sementara siasatan diteruskan," jelas Fadhlina.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM memandang serius perkara tersebut terutama apabila ia melibatkan integriti dan akhlak seorang pendidik.
"KPM ambil tanggungjawab penuh untuk pastikan guru-guru kita ini mematuhi semua integriti dan etika perguruan yang kita tetapkan," katanya lagi.
Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tular seorang guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan suami orang.
Kontroversi itu tercetus apabila tular beberapa tangkap layar perbualan berunsur lucah di aplikasi WhatsApp yang didakwa melibatkan kedua-dua individu terbabit.
Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal hadir pada pelancaran Dermasiswa Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang dianjurkan oleh Farm Fresh Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah di Sungai Bakap, Nibong Tebal pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami