awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru dikhuatiri lemas ketika memancing

Bernama
Bernama
24/11/2024
15:34 MYT
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi. - Foto JBPM (via Sinar Harian)
KUANTAN: Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran dekat sini petang tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran Kapten Mohd Nor Azhar Yusof berkata mangsa, Murdani Ab Rahman ketika itu sedang memancing di atas rakit bersama rakannya, cuba mengambil kerusi di sebuah bot bersebelahan sebelum tergelincir.
"Mangsa telah disedari terjatuh ke dalam Sungai Pahang kira-kira pukul 6 petang dan satu laporan polis berkenaan dengannya telah dibuat. Susulan itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
"Proses pencarian (surface searching) bermula selepas taklimat oleh bomba dengan melibatkan pasukan bomba, APM dan juga polis," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata operasi pencarian sedang berjalan hingga kini dan akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#dikhuatiri lemas
#Maran
#Sungai Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan