awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
31/05/2024
12:24 MYT
Guru dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024
Hyellene (tengah) menewaskan 50 peserta lain pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berlangsung di KDCA. - Gambar Astro AWANI
PENAMPANG: Guru sekolah rendah, Hyellene Danius mewakili Unduk Ngadau Daerah Inanam dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Kebangsaan 2024.
Hyellene menewaskan 50 peserta lain pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun (KDCA).
Dengan kemenangan itu, Hyellene menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, mahkota, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.
Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni dan diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.
Sementara tempat kedua dimenangi Unduk Ngadau dari daerah Kiulu, Elldiwirna Saimen yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.
Tempat ketiga dimenangi Monicka Majin yang mewakili daerah Keningau dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan.
Selain itu, pemenang tempat keempat dimenangi Unduk Ngadau mewakili KDCA Johor, Romandawi Gapari yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan jambangan bunga.
Pemenang tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Liane Melve Grace Lias; Elviana Gunong dan Richella Kan Siang Feng.
Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM3,000 dan RM2000 beserta trofi serta jambangan bunga.
Hadiah bagi tempat ketiga dan keempat disampaikan Juliah Salag.
Manakala hadiah bagi tempat kelima sehingga ketujuh disampaikan isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Cecilia Edwin.
Topic Berkaitan
#Unduk Ngadau Kaamatan
#KDCA
#peringkat akhir
#jambangan bunga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan