awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru disiplin didakwa tampar muka, tarik rambut pelajar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
09/07/2024
06:47 MYT
Guru disiplin didakwa tampar muka, tarik rambut pelajar
Mohd Heirman Ishak mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang guru disiplin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan menampar muka dan menarik rambut pelajarnya dua tahun lalu.
Tertuduh Mohd Heirman Ishak,48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Khairunnisak Hassni.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar lelaki yang ketika itu berusia 17 tahun dengan cara menampar bahagian muka beberapa kali serta menarik rambut.
Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik guru di sebuah sekolah menengah di Bukit Baru kira-kira pukul 11.30 pagi, 19 Disember 2022 lalu.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.
Tertuduh yang diwakili peguam Nor Azri Mohd Arif bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan dia hanya berpendapatan bulanan sekitar RM7,000 sebagai seorang guru dan menanggung dua anak serta menjaga ibu yang sakit.
Selepas mendengar hujahan kedua pihak, Majistret membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tarikh 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#Cikgu
#tampar muka pelajar
#tarik rambut
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan