awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru ditahan disyaki cabul murid Tahun Dua di Miri

Bernama
Bernama
25/04/2018
04:06 MYT
Guru ditahan disyaki cabul murid Tahun Dua di Miri
Perbuatan guru tersebut terbongkar apabila ibu mangsa berusia 26 tahun diberitahu oleh mangsa sendiri bahawa suspek sering mencabul kehormatannya dalam kelas. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang guru sebuah sekolah rendah di Batu Niah dipercayai telah mencabul kehormatan seorang murid perempuan Tahun Dua.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, guru lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap pada 3.30 petang semalam di pekarangan Balai Polis Miri.
"Mangsa adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun kini belajar di Tahun Dua namun perbuatan mencabul itu dipercayai mulai berlaku sejak mangsa Tahun Satu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dev berkata, perbuatan guru tersebut terbongkar apabila ibu mangsa berusia 26 tahun diberitahu oleh mangsa sendiri bahawa suspek sering mencabul kehormatannya dalam kelas di belakang meja guru yang menjurus kepada laporan polis dibuat pada bulan ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya sambil menambah perintah untuk mendapatkan tahanan reman akan dibuat pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
#cabul kehormatan
#Dev Kumar
#guru
#jenayah
#Kanak-kanak
#kelas
#mangsa
#Miri
#polis
#sekolah
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan