KUALA LUMPUR:Trend generasi muda ketika ini yang gemar menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram, dan YouTube untuk berinterakasi dan berkongsi rutin harian memberi ilham kepada guru-guru menggunakan pendekatan itu untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Ia juga untuk mengelakkan pelajar merasa mudah jemu dan angkat kaki apabila mengikuti sesi pembelajaran PdPR menerusi aplikasi seperti Telegram Google Meet dan Zoom Meeting yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala menyampuk apabila tidak memahami sesuatu yang diajar.
Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis, Norlida Muhd Pisol, 37, memilih menggunakan TikTok sebagai salah satu daripada medium untuk mengajar mata pelajaran Sejarah bermula minggu lepas.
"Ramai dalam kalangan pelajar saya gemar menggunakan aplikasi TikTok dan dari situ saya mendapat idea untuk menggunakan aplikasi ini sebagai antara medium untuk mengajar, pendek kata, kita perlu didik golongan remaja dengan cara yang mereka suka," katanya kepada Bernama baru-baru inil.
Norlida yang telah 15 tahun menjadi pendidik berkata kaedah pembelajaran itu bukan hanya mudah, tetapi menyeronokkan malahan pelajar turut teruja memberikan cadangan pemilihan lagu untuk menjadikan sesi PdPR itu lebih menarik.
Maklum balas yang diterima daripada pelajar juga menyatakan bahawa aplikasi itu lebih memudahkan digunakan kerana mereka tidak perlu data (had internet) yang besar berbanding aplikasi media sosial lain.
Bagi tujuan itu juga Norlida sanggup membelanjakan kira-kira RM2,000 duit poket sendiri bagi membeli alat peranti, peralatan studio dan menghias tiga studio mini di rumahnya agar pelajar tidak jemu apabila menonton video TikToknya.
"Saya buat semua ini hanya dengan satu niat iaitu agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran kerana bagi saya mata pelajaran Sejarah perlu dipelajari setiap hari... sehari sahaja tidak belajar, mereka boleh lupa," katanya.
Paling membanggakan apabila akaun TikToknya Cikguida@ZINSygSakura turut dimuat turun, disimpan dan dikongsi bukan hanya oleh pelajar sendiri, tetapi oleh beberapa pelajar dari sekolah lain yang berminat dengan cara pembelajaran itu.
Salah seorang pelajarnya, Nor Arifah Alyaa Mohamad Asri,16, berkata dia teruja belajar Sejarah menerusi TikTok kerana menyeronokkan dan fakta sejarah lebih mudah untuk difahami dan diingati.
"Sebelum ini saya kurang minat Sejarah tetapi apabila Cikgu Norlida buat pembelajaran santai TikTok begini memang sangat menarik minat saya kepada mata pelajaran tersebut dan saya boleh mengulang tayangan video yang lengkap dengan soalan dan jawapan mengikut bab," katanya.
Sementara itu bagi guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, Emily Syafirah Zamrod, 44, beliau mengambil inisiatif mewujudkan saluran YouTube, "English Made Possible with Teacher Em" untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan.
"PdPR menggunakan aplikasi seperti 'Google Classroom' masih dilakukan untuk interaksi secara langsung dengan murid, namun kadang-kadang guru tidak ada kawalan ke atas murid dan mereka boleh meninggalkan sesi pada bila-bila masa apabila mereka bosan.
Bagi menarik minat murid-murid, saya mengambil inisiatif mewujudkan saluran YouTube dengan menghasilkan video berkaitan subjek Bahasa Inggeris termasuk memasukkan unsur sketsa di dalamnya," katanya.
Menurutnya melalui YouTube, beliau dapat merakamkan video berkaitan agar boleh ditonton oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada ketika mempunyai capaian internet.
Beliau turut merasa puas apabila videonya itu turut dikongsi oleh pelajar dan guru-guru dari sekolah lain sekolah lain dan sehingga kini saluran YouTubenya telah mempunyai lebih 2,200 pelanggan dengan 72,000 tontonan.
Dari segi keberkesanan videonya dalam meningkatkan kefahaman murid, Emily Syafirah berkata terdapat beberapa pelajar yang menyatakan telah mampu menulis ringkasan dalam Bahasa Inggeris dengan baik selain mampu menjawab semua soalan dalam peperiksaan selepas menonton videonya.
Berikutan maklum balas yang positif itu, beliau berazam untuk memperbanyakkan lagi video dalam saluran YouTubenya dan meningkatkan lagi kreativiti penyampaian agar lebih menarik, mudah difahami dan paling penting tidak membosankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 24 2021
Paling membanggakan apabila akaun TikTok guru ini turut dimuat turun, disimpan dan dikongsi bukan hanya oleh pelajar sendiri, tetapi juga pelajar dari sekolah lain yang berminat.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.
Seorang lelaki bakal dihadapkan ke Mahkamah Siber, kes hina Kerabat Diraja Pahang
Seorang lelaki bakal dihadapkan di Mahkamah Siber di sini, pada 3 Jan ini berhubung kes penghinaan terhadap Kerabat Diraja Pahang.
Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.
Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.
Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Keganasan rumah tangga: Padam hantaran di Instagram, Zahnita 'bangkit' berniaga
Bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga mengejutkan pengikutnya apabila memadam semua hantaran terdahulu di laman Instagram miliknya.
Mark Zuckerberg sasar kandungan janaan AI penuhi Facebook, Instagram
Angka kandungan janaan AI ini dilihat akan meningkat drastik, dan memenuhi ruangan garis masa di Facebook, Instagram, mahupun Threads.