awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru Kafa ditahan bantu siasatan murid dakwa patah kaki selepas dihempas

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2022
09:27 MYT
Guru Kafa ditahan bantu siasatan murid dakwa patah kaki selepas dihempas
Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Marang direman tiga hari selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya sehingga patah kaki. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) direman selama tiga hari bagi membantu siasatan susulan kejadian seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas guru.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata suspek yang berusia 37 tahun itu direman bermula hari ini hingga Ahad.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Pada Khamis media melaporkan seorang murid patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang.
Kejadian dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa yang berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.
Kejadian yang menimpa mangsa itu disedari ibunya yang berusia 36 tahun, kira-kira jam 5 petang pada hari sama selepas anaknya mengadu kakinya sakit.
Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.
Topic Berkaitan
#guru KAFA
#murid patah kaki
#Marang
#dihempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan