[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Guru KAFA, takmir di Perak terima 'duit raya' RM500 - MB

Aida Aziz 24/03/2025 | 10:00 MYT
BKK sebanyak RM500 itu membabitkan 3,495 penerima di Perak. - Gambar hiasan
IPOH: Kerajaan negeri memperluas pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta takmir di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, BKK sebanyak RM500 itu membabitkan 3,495 penerima.
"Ia terdiri daripada 3,117 guru KAFA dan 378 guru takmir, dengan melibatkan implikasi kewangan negeri mencecah RM1.75 juta.
"Bayaran akan dikredit ke dalam akaun penerima bermula Jumaat ini. Ia bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik agama Islam.
"Diharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban kewangan golongan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri serta menyemarakkan lagi kegembiraan dalam menyambut lebaran yang bakal tiba," katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan pemberian BKK Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada 13,582 penjawat awam negeri, termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ), ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak MySTEP.
#guru KAFA #Perak #duit raya #Aidilfitri #terkini