Guru madrasah ditangkap kerana mencabul kaum sejenis

Vivi Sumanti
Disember 17, 2020 05:21 MYT
Datuk Shafien Mamat berkata, guru berusia 32 tahun itu didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas seorang lelaki yang juga ahli perniagaan berusia 30 tahun.
KOTA BHARU: Seorang guru agama berusia 32 tahun ditangkap di sebuah madrasah di Kampung Awah, Machang, petang Rabu, selepas polis menerima laporan tindakan melakukan kelucahan melampau termasuk meraba kemaluan ke atas mangsa lelaki.
Mangsa, seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun itu membuat laporan polis ke atas guru berkenaan yang cuba mencabulnya dengan mencium pipi dan mengesel kemaluan di paha mangsa di sebuah hotel di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, laporan berkenaan diterima daripada mangsa di Balai Polis Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Menurut beliau, mangsa dan guru berkenaan dikatakan keluar sekitar pukul 11 malam, 15 Disember lepas dengan menaiki sebuah kereta yang di pandu suspek.
"Pada 16 Disember, jam lebih kurang 1.15 pagi, suspek telah menghantar mangsa ke bilik sebuah hotel, semasa berada di dalam bilik tersebut, suspek bertindak mencabul mangsa.
"Suspek bertindak mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa, suspek turut menggeselkan kemaluanya ke paha mangsa" katanya.
Shafien menjelaskan, mangsa yang masih bujang mengenali suspek dua hari sebelum kejadian di sebuah kompleks beli-belah di bandar Kota Bharu.
"Tangkapan sudah dilakukan ke atas suspek di sebuah pondok agama di Machang dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan," tambahnya lagi.
#guru madrasah #mencabul #kaum sejenis #kelucahan melampau #meraba kemaluan #Kampung Awah #machang #Jalan Pantai Cahaya Bulan #Kelantan