MALAYSIA
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Hakim Noridah Adam tidak membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dan menetapkan 5 dan 21 Jan depan untuk fakta kes serta hukuman. -Gambar hiasan/Pexels
KUALA LUMPUR: Seorang guru hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kumpul, 40, yang merupakan warga Indonesia, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju di sini antara April 2024 dan November 2025 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 16(1) akta sama.
Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh, dan terdapat risiko untuknya melarikan diri selain memohon tarikh lain untuk memaklumkan fakta kes serta hukuman.
Hakim Noridah Adam tidak membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dan menetapkan 5 dan 21 Jan depan untuk fakta kes serta hukuman.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang guru mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju antara April 2024 dan November 2025.
- Guru tersebut yang merupakan warga Indonesia menghadapi hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, serta hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan di bawah Seksyen 16(1) akta yang sama.
- Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan kerana risiko tertuduh melarikan diri berdasarkan perbezaan maklumat pasport, manakala hakim menetapkan tarikh 5 dan 21 Januari untuk fakta kes serta hukuman, sambil tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Kumpul, 40, yang merupakan warga Indonesia, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju di sini antara April 2024 dan November 2025 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 16(1) akta sama.
Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh, dan terdapat risiko untuknya melarikan diri selain memohon tarikh lain untuk memaklumkan fakta kes serta hukuman.
Hakim Noridah Adam tidak membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dan menetapkan 5 dan 21 Jan depan untuk fakta kes serta hukuman.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh seorang guru yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen?
A: Guru tersebut mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju. - Q: Apakah hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017?
A: Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. - Q: Mengapa Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh?
A: Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh, dan terdapat risiko melarikan diri selain memohon tarikh lain untuk memaklumkan fakta kes serta hukuman.