LIPIS: Kegembiraan seorang guru bersama keluarga mentua untuk bercuti ke Negeri Sembilan bertukar hiba apabila dia pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di Benta di sini, semalam.
Difahamkan mangsa, Nik Zulkiflee Nik Yusof, 48, bersama ahli keluarganya dalam perjalanan ke Negeri Sembilan lalu singgah di Masjid Baharu Benta di sini untuk berehat dan solat.
Bagaimanapun mangsa tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang mangsa lelaki pengsan di Masjid Baharu Benta.
"Mangsa dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh orang ramai yang berada di masjid untuk menerima rawatan.
"Ketika menerima rawatan, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, guru tersebut beralamat di Kampung Demit Darat, Jalan Sultanah Zainab 2, Kota Bharu.
"Arwah yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Amalin Puteri, Kota Bharu telah bersama keluarganya dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur," ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Mon Jun 06 2022
Difahamkan mangsa bersama ahli keluarganya dalam perjalanan ke Negeri Sembilan lalu singgah di Masjid Baharu Benta di sini untuk berehat dan solat. - Astro AWANI
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Tidak salah guna media sosial namun guru diingat patuhi garis panduan KPM
Kementerian Pendidikan memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu.
KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM - Fadhlina
Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM.
KPM pantau iDME setiap jam, tambah baik dari semasa ke semasa - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
Guru didakwa raba murid dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan di dalam kelas tahun lima sebuah sekolah di Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Mei 2022.
KPM tambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, mudahkan tugas guru
SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman guru, petugas UM wajibkan ambil vaksin COVID-19
Mahkamah Tinggi menolak dua permohonan semakan kehakiman difailkan oleh lima guru sekolah dan 19 petugas UM terhadap pekeliling kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil vaksin COVID-19.