awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
Ringgit dijangka meningkat kepada 3.94 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026 - AmBank
FAM nafi AFC ambil alih pentadbiran susulan dakwaan peletakan jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000

Bernama
Bernama
03/01/2025
08:31 MYT
Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000
Pemberian imbuhan berkenaan membabitkan sebanyak 650 guru daripada 134 pondok yang berdaftar dengan MUIP. - Gambar hiasan
KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP Asmadi Abdul Rahman berkata pemberian imbuhan berkenaan membabitkan sebanyak 650 guru daripada 134 pondok yang berdaftar dengan MUIP.
"Bentuk imbuhan khas atau sumbangan sagu hati ini merupakan kali pertama diberikan MUIP kepada setiap guru pondok, iaitu sebanyak RM1,000 seorang. Agihannya bermula semalam dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
"Sumbangan itu sebagai tanda penghargaan MUIP kepada guru pondok yang berdaftar dalam usaha mereka meningkatkan kerohanian anak-anak Pahang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pemberian itu juga sebagai menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya agensi dan pihak yang berkenaan memberi perhatian jitu serta membantu pondok yang berdaftar sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Asmadi turut mengingatkan kepada pondok pengajian terbabit supaya memastikan pembelajaran menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan MUIP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah pondok
#guru pondok
#Pahang
#bonus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan