KUCHING: Dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Lawas iaitu SMK Trusan dan SMK Merapok ditangguh pembukaan sesi pembelajaran bersemuka ekoran guru positif COVID-19.
Timbalan Menteri Pelajaran II, Datuk Mohamad Alamin memaklumkan mereka melibatkan seorang guru di SMK Trusan dan dua lagi di SMK Merapok selepas menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum sekolah dibuka.
Menurutnya, kedua-dua sekolah itu ditutup sehingga 6 Oktober ini.
"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sentiasa memantau keselamatan dan kesihatan pelajar, guru serta kakitangan lain di sekolah bagi menjaga kesejahteraan bersama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Taman Matang Jaya dan SMK St Thomas di Kuching.
Mohamad menambah, KKM dan Jabatan Pendidikan Sarawak menerusi Pejabat Pendidikan Daerah Lawas akan memantau perkembangan dua sekolah itu.
Malah, beliau berharap penutupan sekolah itu tidak berpanjangan dan boleh dibuka semula secepat mungkin memandangkan SMK Merapok adalah sekolah berasrama selain para pelajar sudah berada di sekolah.
"Ibu bapa tidak perlu khuatir dan bimbang untuk menghantar anak-anak kembali ke sekolah kerana pihaknya akan sentiasa memantau dan akan bertegas dengan garis panduan yang telah dikeluarkan," katanya.
Munirah Mudzamli
Mon Oct 04 2021
Mohamad (tengah) meninjau pembukaan sesi persekolahan di Kuching pada Isnin. - Foto Astro AWANI.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Rombongan Agong disambut 10,000 rakyat di Lawas, mulakan penjelajahan Sarawak
Dalam titah ringkas Al-Sultan Abdullah, baginda menzahirkan rasa terharu dengan sambutan hangat rakyat di bandar paling utara di Bumi Kenyalang itu.
Letupan paip di Lawas dipercayai berpunca daripada pihak ketiga - Petronas
Menurut kenyataan Kumpulan Komunikasi Strategiknya pada Rabu, kerja-kerja tersebut tidak mempunyai kaitan dengan operasi saluran paip itu.
Mayat kanak-kanak 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Lawas ditemukan
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Sundar dekat Kampung Tanjung Katong, Lawas sejak tiga hari lalu ditemukan meninggal dunia pada Selasa.
Tiga beradik rentung dalam kebakaran di Lawas
Kejadian berlaku di Kampung Seberang Kedai dan kesemua mangsa merupakan adik-beradik.
PRN Sarawak: Jangan pandang rendah, mereka ada kekuatan sendiri - Awang Tengah
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyifatkan setiap calon mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing dan apa-apa sahaja boleh berlaku ketika PRN ini.
Projek SSLR bakal robah masa depan Lawas - Abang Johari
Projek yang menyediakan akses jaringan pengangkutan lebih baik akan membuka banyak peluang dan usaha pembangunan di Lawas.
Guru positif COVID-19, dua sekolah di Lawas tangguh pembelajaran bersemuka
Dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Lawas iaitu SMK Trusan dan SMK Merapok ditangguh pembukaan sesi pembelajaran bersemuka ekoran guru positif COVID-19.
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Jangan taksub dengan idola, kenali diri dan terus terokai diri sendiri'
Cikgu Muhammad Nazmi Rosli, seorang guru di SK Luagan, Lawas menggunakan waktu cuti persekolahan ini untuk menyediakan silibus baharu.
Mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih lebih 5,000
Daerah Tenom adalah yang paling teruk terjejas dengan 4,221 mangsa ditempatkan di 35 PPS.
Lawas dilanda banjir, rumah panjang dimasuki air deras
Setakat awal pagi tadi, paras air di beberapa kawasan di sini termasuk di pedalaman dilaporkan mencecah 1.5 meter.